tag:blogger.com,1999:blog-73871672826636768122024-03-13T13:54:57.913-07:001001 Kisah TeladanSang Panglipularahttp://www.blogger.com/profile/04616573928428108724noreply@blogger.comBlogger45125tag:blogger.com,1999:blog-7387167282663676812.post-35469314912898854932009-12-14T05:32:00.001-08:002009-12-14T05:32:32.659-08:00Bila..1. Bila si dia sibuk........
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego.......
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui
dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik........
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran........
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat.......
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri.........
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong.....
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri
asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba.......
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang.....
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg
berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul......
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.Sang Panglipularahttp://www.blogger.com/profile/04616573928428108724noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7387167282663676812.post-26001603425570414822009-12-14T05:28:00.000-08:002009-12-14T05:29:14.515-08:00Teknik Menyatakan Kasih Sayang Kepada WanitaAdalah fitrah wanita, dia berasa dirinya sangat dikasihi oleh suaminya apabila dia menerima dukungan emosi dan juga bantuan fizikal daripada suami disebabkan fitrah mereka yang amat memerlukan kedua-dua dukungan tersebut daripada lelaki. Bagi wanita, yang penting bukanlah apa yang diterima daripada suaminya.

Bagi wanita, yang penting ialah, walau apa sekalipun yang diberikan oleh suaminya, perkara itu diberikan secara berterusan. Ini disebabkan, bagi wanita apabila dia menerima sesuatu secara berterusan daripada suaminya, maka dia yakin bahawa kasih sayang suaminya konsisten, iaitu sentiasa berterusan dan tidak pernah putus-putus.

Ada kalanya lelaki memberikan perkara-perkara besar kepada isterinya, seperti sekali-sekali dia membawa isterinya berjalan-jalan ke tempat yang jauh-jauh dan berbelanja. Tujuan lelaki berbuat begitu ialah kerana dia hendak menyukakan hati isterinya supaya dia betul-betul puas.

Tetapi selepas memberikan benda-benda besar itu,berminggu-minggu kemudian si suami seolah-olah macam terlupa kepada isterinya dan hanya ingat kepada tugas-tugas rasmi dan tanggungjawab perjuangannya sahaja.

Ada pula masanya lelaki cuba memberi kepuasan kepada isteri dengan memberikan benda yang besar-besar dan mahal-mahal sekaligus.Mereka berbuat begitu dengan niat yang baik, iaitu hendak memuaskan hati isi isteri, sayangnya mereka tidak faham sifat wanita. Sebenarnya, wanita cuma mahukan perkara-perkara yang murah dan mudah daripada suaminya,tetapi wanita mahukan perkara-perkara itu diberikan kepadanya secara berterusan.

Dr. John Gray, seorang pakar perhubungan rumahtangga di Amerika mengesyorkan beberapa jenis perkara-perkara kecil yang boleh membuat wanita berasa dirinya dikasihi, di antaranya:

1. Sekali-sekala belikan isteri saudara itu buah
tangan, walaupun saudara tidak pergi ke mana-mana. Ramai lelaki membeli
buah tangan untuk isteri apabila mereka pergi jauh dan lama pula. Buah
tangan seperti itu tidak berapa memuaskan hati isteri kerana ia boleh
diramalkan. Pemberian yang amat memuaskan hati isteri ialah pemberian yang
dia langsung tidak sangka akan menerimanya pada hari itu.

2. Sekali-sekali pujilah pakaian yang dipakai oleh
isteri. Lelaki lazimnya suka memuji pakaian wanita sewaktu mereka masih
belum berkahwin. Semakin lama mereka berkahwin semakin jarang mereka
memuji pakaian isteri. Pujian jenis ini amat menyukakan hati mana-mana
wanita.

3. Ambil tahu apa makanan yang isteri saudara
sukai. Lazimnya, isteri-isteri amat mengambil berat makanan yang digemari
oleh suami, tetapi tidak sebaliknya. Isteri saya sangat suka buah salak,
dan setiap kali saya nampak buah salak, saya belikan untuknya. Saya
sendiri tidak suka buah itu. Hingga hari ini, buah hodoh itu belum pernah
gagal membuat isteri saya seronok menerimanya.

4. Pandanglah muka isteri saudara apabila
bercakap-cakap dengannya. Tingkah-laku ini menjadi ciri tingkah-laku
pasangan yang sedang berkasih-kasihan, tetapi semakin lama selepas
berkahwin, kita cenderung semakin kurang melakukan perbuatan ini. Wanita
berasa romantis apabila orang yang dikasihinya bercakap dengan memandang
matanya.

5. Dengarlah isteri saudara bercakap sampai dia
puas bercakap dan berhenti sendiri. Perbuatan ini amat memenuhi keperluan
psikologi wanita. Tetapi, kebanyakan lelaki tidak berapa sabar hendak
mendengar isteri mereka bercakap panjang-panjang mencurahkan apa yang ada
dalam dada mereka.

6. Apabila nampak isteri saudara sedang risau,
bermasalah ataupun bersedih, ajaklah dia bercakap-cakap mengenai
perasaannya itu. Tetapi jangan pula saudara beri dia nasihat supaya jangan
risau ataupun bersedih. Dan jangan cepat-cepat beritahu dia cara bagaimana
masalahnya itu patut diselesaikan. Kesilapan begini sering dilakukan oleh
lelaki.

7. Apabila saudara nampak dia penat, tolong dia
sedikit sebanyak. Inilah antara perkara kecil tetapi yang amat menyukakan
hati wanita.

8. Jangan lupa telefon isteri saudara awal-awal
apabila saudara mungkin balik lambat balik.

Perbuatan-perbuatan di atas adalah cara-cara yang mudah dan murah untuk saudara menyatakan kasih sayang saudara kepada isteri. Dengan melakukan perkara-perkara di atas isteri saudara akan selalu berasa puas hati dengan layanan saudara mahupun dengan perhubungan antara saudara berdua. Baginya, apa yang saudara buat itu sebenarnya memberitahu kepadanya bahawa saudara menyayanginya, bahawa saudara tahu apa yang menjadi kesukaannya, dan saudara suka menolongnya.

Apabila saudara membuat sesuatu untuk isteri saudara dengan tidak payah diminta, dia berasa dirinya sangat saudara kasihi.Apabila saudara menolong dia mencuci pinggan, isteri saudara berasa saudara seorang yang sangat bertimbangrasa kepadanya. Dengan cara begini,saudara boleh membuat dia berasa romantik. Apabila saudara tahu mood isteri saudara baik, saudara sendiri berasa yakin bahawa saudara seorang lelaki yang pandai melayan isteri. Hasilnya, saudara berasa bahagia.

Apabila seseorang suami duduk menghadap tv dan melihat sahaja isterinya mengemas meja makan dan membasuh pinggan mangkuk dan periuk belanga, barangkali si suami itu berasa relaks dan berterima kasih kerana isterinya tidak menyusahkan dia. Tetapi, perbuatan si suami itu tidak membuat hati isterinya berasa romantik. Wajah si isteri yang begitu tidak memarakkan emosi romantik di hati si suami.Sang Panglipularahttp://www.blogger.com/profile/04616573928428108724noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7387167282663676812.post-5905656594355933622009-12-14T05:26:00.000-08:002009-12-14T05:27:04.208-08:0040 kesilapan mendidik anak1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali, AKRAB 1996Sang Panglipularahttp://www.blogger.com/profile/04616573928428108724noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7387167282663676812.post-73355412987581322742009-12-14T04:51:00.001-08:002009-12-14T04:51:48.321-08:00KASIH SAYANG ALLAH SWTSeorang lelaki dikenal sangat giat beribadah. Sayangnya ia selalu membuat orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah. Hal itu dilakukan sampai ia menemukan ajalnya.

Dalam riwayat itu dikatakan, setelah lelaki itu mati lalu menuntut kepada Tuhan dari kekhusyukan ibadahnya selama di dunia, "Tuhanku, apakah kebahagiaanku di sisi-Mu?"
"Neraka," jawab Allah.
"Tuhan, lalu di mana balasan dari kerajinan ibadahku?" tanya lelaki itu kehairanan.
"Bagaimana boleh. Di dunia engkau selalu membuat orang berputus asa terhadap kasih-sayang-Ku, maka hari ini Aku juga membuat engkau putus asa terhadap kasih sayang-Ku," jawab Allah.Sang Panglipularahttp://www.blogger.com/profile/04616573928428108724noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7387167282663676812.post-1758680681341790312009-12-14T04:50:00.000-08:002009-12-14T04:51:10.190-08:00ARAK PUNCA KEJAHATANDosa manakah, minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.

Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.

Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut sahaja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamr.
Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.

"Kerana itulah hindarilah khamr, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."Sang Panglipularahttp://www.blogger.com/profile/04616573928428108724noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7387167282663676812.post-10282659903428709102009-12-14T04:49:00.000-08:002009-12-14T04:50:21.028-08:00JENAZAH MENJADI BABI HUTANSeorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.

"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.
Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.

Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.
Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya.

"Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."Sang Panglipularahttp://www.blogger.com/profile/04616573928428108724noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7387167282663676812.post-34987510199963431842009-12-14T04:48:00.001-08:002009-12-14T04:48:49.937-08:00MUSA DENGAN TUHANMusa A.S: Oh Tuhan, ajarilah kami sesuatu yang dapat kami pakai untuk berzikir dan berdo'a kepada Engkau.
Tuhan: Ucapkan, Laa Ilaaha Illlallaah ha Musa.
Musa A.S: Oh Tuhan, semua hamba-Mu telah mengucapkan kalimat itu.
Tuhan: Hai Musa, andaikan langit yang tujuh berserta seluruh penghuninya selain Aku, dan bumi yang tujuh ditimbang dengan Laa Ilaaha Illallaah, nescaya masih berat Laa Ilaaha Illallaah.

Kata Hikmah :
1. Kisah ini diambil dari hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban dan Imam Al-Hakim dari Abi Sa'id Al-Khud riyyi r.a.
2. Nilai Laa Ilaaha Illallaah lebih hebat daripada langit, bumi dan seluruh penghuninya.
3. Langit itu berpenghuni.
4. Bumi itu tujuh lapis sebagaimana langit.
5. Seutama-utama zikir adalah Laa Ilaaha Illallaah.Sang Panglipularahttp://www.blogger.com/profile/04616573928428108724noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7387167282663676812.post-82372107475363117612009-12-14T04:45:00.000-08:002009-12-14T04:48:03.085-08:00AYAT KURSI MENJELANG TIDURAbu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.
Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"
Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.

"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."
Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.

"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."
Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.

Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.

"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.
"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.
"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.
Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang ertemu denganmu tiap malam itu?"
"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.
"Itulah syaitan."Sang Panglipularahttp://www.blogger.com/profile/04616573928428108724noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7387167282663676812.post-50789056687952682512009-12-11T21:13:00.000-08:002009-12-11T21:17:05.438-08:00RINTIH BOSPHORUSRINTIH BOSPHORUS Oleh Zaid Akhtar

I MELIHAT pasangan lain berjalan berpimpinan tangan di pinggir Selat Bosphorus kala matahari hampir jatuh di horizon, membibit rasa iri yang bukan kepalang di hati saya. Bukan kerana saya masih belum bersuami.

Bukan juga kerana saya belum punya kekasih. Tetapi, kerana saya tiada ‘teman’ yang begitu memahami untuk diajak berbicara seperti masa-masa lalu. Saya berasa benar-benar kehilangan sejak beberapa bulan lalu. Tiada senyum ceria, gurau senda, yang upaya saya ukirkan bila mengenangnya.

Derita kehilangan ini bermula sejak tiga wanita sekeluarga ditahan atas tuduhan yang tidak mampu saya fikirkan logiknya, dan baru-baru ini menemukan khatimahnya yang begitu tragis. Vonnis hakim terlalu kejam untuk kami terima.

Ya, apabila Merve Kavakci terusir dari parlimen seawal majlis persidangan pertamanya - bahana protes terhadap hijab yang dipakainya, saya masih dapat mengawal diri. Namun, apabila Hanan Suleymanoglu, dan dua anak gadisnya Fetima dan Emine menerima padah selepas tragedi Taksim tegal mempertahankan hijab, getaran dalam tubuh saya semakin menjadi-jadi.

Batin saya menjerit tidak percaya ia terjadi di negara ini! Dan Emine, sahabat karib saya, seorang penulis berbakat yang sedang meningkat naik, yang saya temui seminggu sebelum pemergian abadinya, sempat menitipkan catatan peribadi berbentuk semi-biografi hayatnya kepada saya. Beliau, yang dikatakan punya hari depan yang cerah dalam penulisan, turut memohon maaf dan berkirim salam kepada sesiapa jua yang mengenali dirinya. Di sini saya siarkan (dipetik daripada Majalah Ehemmiyet terbaru) sebahagian tulisan terakhir beliau di penjara.

II Bagaimana ya, mahu kumulakan catatan terakhir ini? Sewajarnya pada hari-hari terakhir ini, sementara menanti algojo datang, zikrullah sentiasa basah di bibir. Umi dan Fetima kulihat tidak lekang solat taubat dan istighfar.

Tapi, aku menyedari, menulis juga suatu ibadah jika niatnya betul. Bahkan Sayyid Qutb sempat menulis sebuah syiir beberapa detik sebelum as-syahid digantung pada 30 Ogos 1966. Dan ada hadis Nabi yang berbunyi: Tinta ulama itu akan ditimbang dengan darah syuhada’ di akhirat nanti. Lantas, kuteruskan juga titipan ini. Aku lahir dari usrah yang serba sederhana terdiri daripada abi, umi, Necmi, Hakan, Fetima, dan aku. Abi imam sebuah masjid di pinggir Istanbul.

Umi tenaga pengajar di sebuah pusat tahfiz. Necmi seorang doktor sudah berumahtangga dan menetap di Bursa. Hakan sedang menyambung sarjana di al-Azhar. Fetima pula siswazah perakaunan yang belum dilamar kerja. Dan aku, yang bongsu, pelajar tahun akhir (mungkin bukan lagi berstatus pelajar) jurusan sastera di Universiti Istanbul.

Apalah yang dapat kupaparkan tentang usrah kami selain ceritera pedih dan duka. Sebuah keluarga Kurdis yang punya sejarah perjuangan yang panjang sejarah yang sering diselewengkan faktanya zaman berzaman. Tidak pernah terlintas di nubariku untuk berbangga dengan nasab keturunanku yang kononnya berdarah pejuang, apalagi mendedahkan secara rinci tawarikhnya yang bersimpang siur, sedang diri ini sekadar insan lemah yang kadangkala khauf untuk berjihad.

Justeru, sekadar catatan, cukuplah jika kunyatakan betapa leluhur datuk sebelah abiku, Irfan Sahinoglu syahid dalam pertempuran dengan tentera kerajaan Ataturk sekitar 1925. Datuk - sahabat karib Bediuzzaman Said Nursi musuh nombor satu Kamal Ataturk kala itu. Lalu nenek membesarkan abi dalam kepayahan tangan kirinya yang lumpuh diseksa semasa dalam tahanan.

Sementara di sebelah umi, datuk dan nenekku - Haydar Suleymanoglu dan Huda mati dalam penjara setelah penangkapan beramai-ramai pendokong gerakan Nursi menegakkan semula khilafah yang jatuh diroboh Ataturk. Mereka dituduh Kurdis yang memberontak mahukan kuasa. Umi dibesarkan ibu saudara di Konya sebelum bertemu abi yang juga hafiz al-Quran, mereka menikah dan mengikutnya ke Istanbul. Dipendekkan catatan; timbullah persoalan mengapa kami dihukum? Ya. Itu pertanyaan yang begitu subversif. Maha sensitif. Tapi apalah hukuman yang lebih berat yang mampu mereka jatuhkan ke atasku? Sesungguhnya azab Allah itu lebih pedih ke atas orang-orang fasiq dan munafiq!

Aku bersama ibu dan Fetima di dataran Taksim pagi itu. Kami berkereta dari Istanbul seawal dhuha. Memang kami telah jangkakan demonstrasi akan berlaku, dan semestinya secara aman, bukannya seperti yang digembar-gemburkan media. Ribuan muslimat datang berkumpul membantah penangkapan Husna Dahinoglu wartawan pejuang hijab yang sedang hamil tujuh bulan.

Muslimin juga hadir kerana ia bukan isu mainan, tetapi agama. Seorang demi seorang wakil-wakil pertubuhan Islam dan orang perseorangan tampil memuntahkan ucapan. Suasana masih aman dan terkawal biarpun takbir acapkali bergema menggegarkan kedai-kedai dan pusat-pusat tarian gelek di sekitar dataran. Seorang teman sempat berbisik, inilah Turki kita! Turki yang menjadi medan tempur antara barat dan timur; antara Islam dan jahiliah; antara sekularisme dan ajaran Rasulullah SAW; antara tudung dan parlimen; antara segala-galanya! Pertanyaan: Inikah Turki yang kalian mahu?

Di tangan ketika itu, memang telah kusiapkan puisi terbaru yang dikarang malam sebelumnya. Umi kata, puisi itu terlalu kritis, seeloknya saya deklamasikannya di Taksim. Sejurus ucapan umi, aku lantang meluahkan "Rintih Bosphorus". Ia hampir saja selesai tatkala polis anti-rusuhan mula menembak bom pemedih mata ke arah kami. Suasana mula tidak terkawal. Orang ramai mula bertempiaran dan ada yang merusuh kerana dikasari selain lebih ramai yang lari ketakutan. Pertempuran pun tercetus dan yang tidak bersenjata pastinya menjadi mangsa keganasan. Segalanya berlaku di depan mata.

Sungguh, bukanlah mereka yang memulakannya! Setiap yang berucap hari itu menerima akibat apabila kami ditahan atas tuduhan mencetuskan ketegangan. Dan kami bertiga, tidak akan mendengar suara mersik abi mengimami solat berjamaah di masjid lagi, apalagi bebas berulang-alik dari Eropah ke Asia macam dulu. Keranda barangkali sudah ditempah, lalu kami menanti tiket perjalanan yang abadi. Sekularisme ala-Ataturk yang tertanam dalam jiwa sebahagian rakyat Turki rupanya sudah mengakar kukuh dan dalam.

Tempiasan modenisme Eropah kononnya menjadikan agama candu masyarakat. Beberapa generasi terdahulu sejak runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah pada 1924 ada yang tidak mengenali al-Quran, jauh sekali mengenakan tudung sebagai pakaian wanita Islam. Lebih malang lagi, tidak semua arif dengan sejarah anti-hijab ini. Pengharaman yang dimulakan Ataturk, kemudian disambung oleh Ismet Inonu, jelas sudah dirangka Barat sejak awal lagi.

Maruah wanita Turki tergadai dilelong oleh pemimpin-pemimpin kita sendiri! Firman Tuhan: "Tidak akan reda Yahudi dan Nasrani terhadap engkau, hatta engkau mengikut agama meraka." Nah, sekarang siapa yang bertepuk tangan melihat ilustrasi memalukan wanita kita berbogel di muka depan akhbar-akhbar harian? Al-Quran sebenarnya telah dipijak-pijak. Suruhannya diperlekeh, dipersenda. Walhal itulah manhaj kita yang paling agung.

Dan firman-Nya lagi dalam Surah An-Nur ayat 31, "dan hendaklah kamu melabuhkan tudungmu hingga ke dadamu." Jelaslah. Hijab itu wajib. Wajib itu taklif. Bukan main-mainan, bukan ikut-ikutan, tetapi itulah ‘fesyen’ khusus untuk muslimah yang telah Allah tetapkan. Fesyen yang akan memelihara dan terus dipelihara! Semakin hayat ini menuju ke klimaksnya, semakin terasa kebenaran tulisan Syeikh Muhammad Ahmad Rashid dalam bukunya Al-Muntola’: "Sunnatullah terhadap semua makhluk terus berjalan, sesaat pun tidak pernah berhenti dan tidak berubah.

Mereka yang merdeka terus berjihad pada jalan Allah, kerana jihad pada kebenaran tidak pernah lenyap biarpun sehari." Pertanyaan: Inikah jalan yang kalian lalu? Intiha’nya, suka aku memetik kata-kata mahal Sayyid Qutb. Jadikan ia renungan sepanjang zaman, lantaran jalan jihad kita masih panjang. "Manusia yang hidup untuk dirinya sendiri, usianya amatlah pendek. Bermula dari hari kelahirannya, dan tamat ketika disapa Sakaratul Maut.

Akan tetapi, bagi yang hidup untuk perjuangan ... usianya panjang - sepanjang perjuangan itu. Bermula dari hari Allah mencipta Adam, berakhir tatkala Dia memusnahkan alam!" Mudah-mudahan malaikat di kiri kananku menghitung tulisanku ini sebagai amalan baik, lantas aku akan menerima buku rekod amalanku dengan tangan kanan. Amin. "Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas dan beroleh keredhaan-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku." (Al-Fajr : 27-30 )

III Majalah Ehemmiyet edisi Mac terlalu laris malah terpaksa diulangcetak tiga kali. Ketua Editor tidak habis-habis memuji saya, dan seringkali pula tersenyum panjang. Namun detik ria di wajahnya itu tidak panjang apabila media kami diancam akan ditarik permit sekiranya menyiarkan lagi kisah Hanan Suleymanoglu, Fetima, dan Emine, atau yang diklasifikasikan boleh mencetus huru-hara. Sedih sungguh. Demokrasi sebenarnya telah mati. Suara rakyat dibisukan - tanpa membenarkan mereka melaungkan kebenaran. Islam pula ditelan sekularisme yang semacam sudah sebati dalam jiwa muslimin.

Masjid Biru yang gagah cuba menandingi Aya Sofya, dan Top Kapi yang sarat khazanah, rupanya masih belum mampu mengembalikan kegemilangan Islam silam. Saya kekal mengunjungi tebing Selat Bosphorus seperti dahulu. Melihat bot-bot kecil kembali ke Pelabuhan Karakoy di sisi Jambatan Galata, sambil bercakap dengan angin dan laut waktu menjelang senja.

Sebolehnya saya tidak mahu kenangan dan semangat jihad Emine terpadam pupus. Dia mesti hidup terus dalam jiwa saya. Kadang-kadang, kala mengelamun begitu, saya terbayangkan Emine dalam kerudung putihnya, berdiri di atas air seraya tangannya melambai saya. Di telinga, bagai terngiang-ngiang suara muluk Emine membaca puisinya yang tidak sempat habis: Bosphorus Tenggelamkanlah Istanbulmu Agarku bukan lagi Menjadi saksi bisu Pemerkosaan milik suci Tuhanmu….Sang Panglipularahttp://www.blogger.com/profile/04616573928428108724noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7387167282663676812.post-8057895166657836262009-12-11T21:03:00.000-08:002009-12-11T21:10:06.757-08:00ATOK(ANIS Jun 2004)

I
Atok termenung di beranda rumah. Sesekali dia terbatuk kecil. Asap rokok daun berkepul-kepul memenuhi ruang. Habis saja sepuntung dihisapnya, dinyalakan sepuntung lagi. Wajah atok tidak seceria dulu. Jarang sekali usikan dan gurauannya menyapa diri yang kesepian kini. Pandangan mata atok dialihkan pada sekeping bingkai gambar yang tergantung di dinding rumah. Terpampang jelas wajah atok, aku dan seorang insan yang lebih 30 tahun berkongsi suka duka bersama atok. Kini insan itu telah dijemput menemui pencipta yang agung. Walaupun berat hati atok untuk merelakan pemergiannya, tapi atok harus redha dengan takdir yang tersurat, begitu juga diri ini. Hening subuh Ramadhan Al-Mubarak nan syahdu mengiringi pemergian nenek ke alam baqa’.

Segesit semilir yang berhembus pagi itu, nyaman terasa. Aku mencapai tuala, melangkah kaki ke perigi di belakang teratak atok.

“Umar! Lepas mandi, jamah sarapan. Atok dah beli nasi lemak kat Warung Makcik Imah kamu. “

Atok bangun awal. Itu rutin hariannya. Sebelum menteri menjengah alam, atok lebih dulu menyelak tirai sang pagi. Biasanya atok akan membersihkan badan dan mengambil wudhuk, menyuci diri. Kata atok, sunnah Rasulullah yang mudah begini, perlulah selalu diamalkan. Rasulullah dan para sahabat sentiasa dalam keadaan berwudhuk. Sabda Rasulullah SAW “Umatku akan tampil pada hari kiamat dengan wajah bersinar, tangan serta kakinya berkilauan dari bekas-bekas wudhuk.”

Aku kagum dengan atok. Bibir atok sentiasa basah dengan zikir dan kalamullah. Jemari tua atok sentiasa membilang butiran tasbih. Atok tidak pernah lalai dari mengingati Ilahi. Dan atok sering mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci sekali lagi. Kata atok, dia terlalu merindui kota itu. Kaabah seolah-olah melambai padanya, menanti kehadiran dagangan tua ini.

“Atok nak ke pekan hari ini. Ada urusan dengan Taukeh Wong yang perlu atok selesaikan. Kalau atok balik lambat, kau pergilah masjid dulu. Tak usah tunggu atok.” Atok menghela nafas panjang. Furqan dikucupnya lembut.

“Urusan apa dengan Taukeh Wong tu, atok?

Atok menjeling tajam. Dia mendengus kecil. Ayatku ternoktah. Aku diam. Aku kenal benar atok. Aku tahu, atok tidak suka aku mencampuri urusannya. Hitam padanya, hitam jualah padaku. Putih padanya, putih jualah padaku.

Aku tinggal bersama atok sedari kecil. Aku faham rencah perangainya. Aku akur kerenahnya. Atok seorang yang tegas dalam semua perkara, lebih-lebih lagi dalam soal ibadah dan aqidah. Aku dihantar belajar agama di Pondok Haji Hussein. Aku bersyukur kerana dipelihara atok dan nenek. Merekalah yang telah mendidik dan membesarkan aku hingga aku tahu tanggungjawabku dijadikan di muka bumi ini. Sebagai hamba dan khalifah. Aku dididik meniti hidup di landasanNya, menjauhi diri dari sebarang mungkar. Malah, atok yang mengazan dan menamakan aku. Umar. Muhammad Umar.

Kata atok, dia mahu aku jadi setegas , segagah dan seadil Saidina Umar Al-Khattab, khalifah Islam kedua yang berani menyatakan keislamannya di hadapan khalayak musyrikin Mekah. Mereka gentar dengan kata-kata Umar kerana mereka sedar, dengan kehadiran Umar, Islam tidak mudah diperkotak-katikkan seperti dahulu. Saidina Umar juga merupakan Amirul Mukminin yang mempunyai sifat tawaddhuk serta rendah hati dalam pergaulan hidup. Tatkala baginda menjadi khalifah Islam, banyak negeri telah jatuh ke dalam kekuasaan Islam. Ketika kota Baitulmaqdis jatuh ke tangan Islam, penduduk-penduduknya yang beragama Kristian yang diketuai oleh Paderi Besarnya enggan membuat sebarang perjanjian kecuali dengan Saidina Umar Al-Khattab sahaja.

II
Walaupun atok mempunyai tiga orang cahaya mata, tetapi akulah permata hatinya. Aku merasai kasih seorang ayah daripada bicara indah atok. Aku merasai sayang seorang ibu daripada usap belai nenek.

Anak sulung atok, maklong Asma’ telah berkahwin dengan jejaka pilihannya, paklong, Dato’ Radzi. Seorang tokoh korporat yang terkenal. Mempunyai syarikat eksport dan import yang menyumbangkan keuntungan bepuluh ribu bahkan berjuta Ringgit Malaysia. Mereka dikurniakan empat orang puteri. Malangnya sudah lama mereka tidak pulang menjenguk atok. Memetik kata-kata maklong, mereka sibuk dengan urusan perniagaan. Syarikat Mega Holdings perlu merebut tender yang ditawarkan. Kalau tidak, untung terlepas, pelaburan lesap.

Kadang-kadang terfikir jua aku, manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Kemewahan duniawi yang menyaluti kehidupan, adakalanya mengaburi pandangan. Manusia kini lebih bersifat individualistik dan materialistik. Nilai kekeluargaan yang disemai, dipinggir dan kian terkubur ditelan pembangunan yang kian rancak. Pembangunan rohani? Ah! Semakin dilupakan.

Ayah merupakan permata kedua atok. Kehadiranku di sisi atok sesekali menjadi pengubat rindu atok pada ayah. Ada juga ayah menelefon dan mengirim wang pada atok untuk perbelanjaan harian. Tapi aku tahu atok tidak mahu malah tidak pernah meminta semua itu. Wang ringgit boleh dicari. Tapi kasih dan sayang…tidak terbeli. Ayah dan Mama Laura kini menetap di Wales. Ayah bekerja di sana setelah berkahwin dengan Mama Laura, lima tahun selepas pemergian ummi menemui Ilahi. Aku tidak pernah membantah keputusan ayah. Aku tahu, sebagai seorang lelaki, ayah perlukan seseorang untuk berkongsi suka duka dengannya, menguruskan hidup sehariannya. Tetapi sesekali wajah ummi menerobos minda. Menjerat hati dengan rindu yang mendalam. Ummi pergi ketika hendak melahirkan adikku. Berjuang antara hidup dan mati. Mungkin aku ditakdirkan untuk hidup seorang diri, bersama atok dan nenek.

Paksu Syafiq merupakan anak bongsu atok dan nenek. Entah di mana silapnya, paksu terheret ke kancah hina. Kini sudah dua tahun paksu menjalani rawatan di pusat pemulihan dadah. Atok benar-benar sedih dan terkilan. Jauh di sudut hatinya, atok menyalahkan diri sendiri kerana gagal mendidik anak-anaknya dengan sempurna.

III
“Siapa yang bagi kuliah maghrib kat masjid tadi, Umar?” Atok mengaju soalan. Tangannya mencapai sudu, menyenduk kuah gulai ikan keli.
“Ustaz Syauqi, atok.”

Atok mengerut dahi. Butiran nasi dikunyahnya lumat lalu ditelan. Perlahan.
“Alah, anak Imam Haji Zakaria. Abang Aqi! Kan dulu Umar selalu ikut usrah dia. Dah jadi Syeikh Azhar pun dia sekarang. Dua bulan lagi nak dapat zaujah pula.”

Atok menguntum senyum. Kepalanya diangguk beberapa kali. Air sirap diteguknya.
Atok menyandar ke dinding beranda rumah. Santai. Aku ikut meneladani. Sesekali aku membetulkan lipat pelekat. Aku bangun menghirup hembus bayu malam. Purnama penuh malam itu memancar indah. Kejora bersinar terang. Besar sungguh kuasa Yang Esa.
“Umar dengan Balqish bagaimana?”

Aku terdiam. Terpingga. “Bagaimana apa, atok?”
Atok senyum. Dia mendengus kecil. Atok merapatkan jari telunjuk kanan dan jari telunjuk kirinya.

“Eh, atok. Ke situ pula! Entah Aqish nakkan saya, entah tidak. Entah-entah saya, dia pandang sebelah mata pun tak ingin. Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi, atok.” Aku cuba berdalih. Kulepaskan pandangan ke luar.

“Atok berkenan benar dengan Nur Balqish tu, Umar. Sopan, tutur katanya lembut, hormat pada orang tua. Solehah budaknya. Cantik macam bulan.” Atok memandang sang qamar. Bibirnya menguntum senyum. “Gadis macam tulah boleh dibuat teman hidup.” Atok mula menyuntik jarum semangat.

“Entahlah atok. Saya tak nafikan, Aqish memang baik. Tapi dia tu siswi lepasan Universiti Malaya. Manalah padan dengan saya yang tak berijazah ni. Pipit dan enggang tak boleh terbang sama , atok.” Wajah bujur sirih Nur Balqish menerpa memori. Lebih manis dengan dua lesung pipit di pipinya ketika dia tersenyum.

“Itulah! Atok suruh sambung belajar di Azhar kau tak mahu. Bukannya kau tak layak. Keputusan Sijil Tinggi Agama kau bagus!” Atok mencungkil kisah lama. Dia memandang tepat bola mataku.

“Bukan saya tak mahu, atok. Tapi kita tak mampu. Saya dah kata pada atok. Saya nak kerja dulu, kumpul duit. Lepas tu, Insya Allah saya pergi.” Aku melarikan bola mataku. Nafas kuhela panjang.

“Duitnya dah cukup, Umar.”
Mata aku dan mata atok bertentang sekali lagi. Aku terkesima. Entah mengapa, debar tiba-tiba mengepung kalbu.

“Atok dah gadaikan rantai dan gelang emas arwah nenek kau pada Taukeh Wong. Adalah duit untuk pengajian kau, Umar.” Atok tunduk.

“Atok!!” Suaraku tiba-tiba meninggi. Sebak menghenyak dada.
“Ini wasiat arwah nenek kau, Umar. Dia nak tengok kau berjaya. Jadi insan mulia. Berilmu. Berguna untuk agama, bangsa dan negara. Atok juga begitu. Kau jangan nak berdalih. Atok dah buat keputusan.” Atok bingkas bangun. Aku memerhati. Diam. Memanik jernih luruh membasahi pipi.

IV
Pagi itu, sebuah kereta Mercedez Benz memasuki perkarangan rumah. Kelihatan seorang wanita separuh umur, berkebaya moden dan berkerudung hijau memijak tangga teratak atok.

Maklong pulang tergesa-gesa hari itu. Dari jauh aku nampak maklong dan atok seperti berbincang sesuatu. Wajah atok merona merah. Aku tidak berani mencampuri musyawwarah kedua beranak itu. Hanya memerhati dari kejauhan. Tiba-tiba atok bingkas bangun. Dia masuk ke bilik. Atok keluar dan di tangannya ada sekeping sampul besar. Birai mata atok digenangi air jernih lalu luruh ketika atok menyerahkan sampul besar itu pada maklong. Maklong mencium tangan atok lalu meninggalkan teratak kami.

“Maklong kau nak jual dusun atok. Nak selamatkan syarikat dia.“ Atok menyeka memanik jernih yang membasahi pipi. Segaris sinar kecewa tergambar di wajah tenang atok. Aku terkedu. Ada pilu tertancap di kalbu.

Alunan kalam Ilahi memecah sepi malam. Atok berteleku di hamparan suci. Bertahajjud memohon petunjuk Al-Rahman. Menyerahkan bulat-bulat segala-galanya pada Yang Esa. Sedu-sedan atok meresahkan hati. Aku melangkahkan kaki ke biliknya. Salamku bersahut. Aku menggenggam erat tangan tua atok. Tubuhnya kupeluk kejap. Malam sunyi itu saksi segala-galanya.

V
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Salam itu kusahut. Aku mengintai dari birai jendela.

“ Oh! Aqish, Su. Jemputlah masuk. “
“Sebenarnya tujuan ana dan Suraya datang ni, nak jemput anta jadi fasilitator untuk Kem Remaja Cemerlang yang akan diadakan pada hujung bulan depan. “ Nur Balqish memula bicara. Dia memandang ke arahku.

“Kem Remaja Cemerlang?”
“Ya. Kem untuk adik-adik kita di kampung ni juga. Antara 13 hingga 17 tahun. Kami sedang mencari sahabat-sahabat yang sudi menghulurkan bantuan, bekerjasama untuk menjayakan kem ni. Program-programnya telah kami susun. Antaranya, usrah, kuliah subuh dan maghrib, sessi muhasabah, malam kesenian Islam , ceramah dan yang paling penting qiyamullail yang jarang dipraktikkan oleh remaja hari ini. Tapi mungkin dengan kehadiran lebih ramai fasilitator nanti, dapat menyumbangkan idea-idea yang lebih bernas supaya kem ini dapat menarik lebih ramai adik-adik kita untuk menyertainya. Bagaimana? Anta setuju?” Panjang lebar penerangan yang diberikan Nur Balqish. Dia menghulurkan kertas kerja padaku.

“Insya Allah. Kalau ada usaha murni begini dari anak kampung ini atau dari mana-mana pihak, masakan ana boleh menolaknya. Ana akan membantu setakat mana yang termampu. Erm, dah berapa ramai fasilitator yang ada sekarang?” Soalan kuajukan padanya sambil tanganku menyelak-nyelak kertas kerja yang diberi.

“Setakat ni Alhamdulillah dah ada enam orang. Tapi kalau boleh, kami nak genapkan sepuluh. Ustaz Syauqi dan isteri juga turut serta. “ Dia tersenyum. Suraya memandangnya.

Kem Remaja Cemerlang berjalan lancar. Mujurlah tiada sebarang gangguan walaupun pada mulanya ada suara-suara sumbang dari pihak yang iri hati dengan usaha murni yang kami jalankan. Benarlah firmanNya dalam Surah Al-Baqarah, ayat 10 yang bermaksud “Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)” Ada yang berkata, kami ingin menerapkan sentimen perkauman di kalangan remaja kampung itu. Malah lebih dasyat lagi yang menuduh kami mengadakan program gerakan bawah tanah. Kami hanya mendiamkan diri. Memekakkan telinga, membutakan mata. Kem itu kami jalankan juga seperti yang dirancangkan.

Nur Balqishlah yang paling hebat menerima tekanan kerana dialah yang membuat kertas kerja kem tersebut. Tapi aku kagum dengan semangatnya. Katanya, selagi kami di pihak yang benar, kami tidak perlu gentar dengan dugaan yang datang. Cukuplah Allah sahaja sebagai pelindung sepertimana janjiNya dalam Surah Al-Baqarah, ayat 107 yang bermaksud “Tidakkah engkau mengetahui sesungguhnya Allah yang menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberikan pertolongan.” Memang itu lumrah perjuangan. Perjuangan untuk menegakkan agama suci ini tidak dihampari dengan permaidani merah tetapi dihujani onak duri. Dakwah para nabi dan Rasulullah jua begitu. Mereka dicaci dan dihina sebelum akhirnya Islam diterima.

VI
Aku memeluk kejap batang tubuh ayah. Kolam mataku digenangi air jernih. Kucuba menahannya daripada tumpah, namun aku gagal. Ayah menyeka air mata yang luruh ke pipi. Telah hampir empat tahun kami tidak bertemu. Hari ini…seperti mimpi, ayah hadir di hadapanku. Aku pandang atok. Dia tersenyum. Insan yang kami kasihi, kini pulang ke pangkuan. Walaupun aku dan atok tahu kegembiraan ini hanya sedetik cuma, namun itu sudah cukup untuk kami melepas rindu yang bersarang di jiwa sekian lama.

“Saya tak setuju kalau ayah nak hantar Umar ke Mesir! Tujuan saya balik ni pun, nak ambil Umar tinggal dengan saya di Wales. Saya dah uruskan pengajiannya di sana.” Suara ayah meninggi. Sesekali dia memandang ke arahku. Aku diam.

“Aku tak benarkan kau hantar Umar belajar kat negeri orang putih tu. Aku dan mak kau nak Umar teruskan pengajiannya dalam bidang agama. Aku tak akan minta sesen pun dari kau, Zaki!” Kupandang raut wajah atok. Matanya berkaca.

“Belajar agama? Huh! Bidang tu tiada masa depan. Prospek pekerjaan sempit. Ramai graduan lepasan bidang agama yang menganggur! Kalau dapat kerja pun, sekadar jadi ustaz ustazah kampung. Ayah perlu buka mata. Negara kita sekarang ni menuju ke era modenisasi. Zaman Sains dan Teknologi. Negara memerlukan ramai teknokrat untuk membangunkan negara. Bukan ustaz ustazah yang hanya tahu mengaji Al-Quran dan menghafal Hadis!” Ayah meningkah kata atok. Atmaku pedih mendengar hujah dangkal ayah.

“Ayah…” Aku mencelah. Lembut. Aku mula menyusun bicara agar kata-kataku tidak mencuit hati kecil seorang insan yang amat kuhormati.

“Umar bukan nak bangkang kata-kata ayah. Tapi, bicara ayah tu seolah-olah ayah memperkecilkan kesucian Islam. Islam itu syumul, ayah. Menyeluruh. Memang tak dinafikan, negara amat memerlukan ramai teknokrat untuk memajukan negara. Islam juga menuntut kita mendalami bidang-bidang ini. Ianya Fardhu Kifayah. Tapi dalam masa yang sama kita juga tidak boleh lupa pada pembangunan rohani. Tengok sajalah di luar sana. Kebejatan sosial melanda remaja kita. Pengaruh budaya barat makin menular. Walaupun Malaysia telah merdeka, tapi sayang…kita masih dijajah mental, masih berperang. Perang Psikologi. Dan lepasan bidang agama inilah yang akan bangun membetulkan kembali mana yang telah pincang.

“Huh! Kau sama saja dengan atok kau. Ayah buat begini untuk masa depan kau, Umar!” Bola mata kami bertentang.

“Apakah ayah rasa, jika saya mendalami Dinul suci ini, masa depan saya gelap? Allah telah berjanji pada hambaNya, bahawa jika kita membantu agamaNya, Insya Allah Dia akan bersama kita. Saya yakin dengan janji Allah.” Air mataku tumpah. Kecewa. Kecewa dengan sikap ayah.

Atok memandangku. Hatinya terhiris, jiwanya tersiat. Raga tuanya disapa kekesalan memuncak. Kesal dengan sikap anak lelakinya yang berani berbicara seperti insan kehilangan iman.

“Saya balik ni untuk berbincang baik-baik dengan ayah. Jangan sampai saya terpaksa berkeras.” Tegar ayah masih menyala. Atok mengeleng kepalanya beberapa kali.

“Kau atau aku yang akan berkeras, Zaki! Aku yang mendidik Umar dari kecil. Aku tahu apa yang terbaik untuknya. Kalau kau masih nak menegakkan benang yang basah, mempertahankan ego kau tu, lebih baik kau keluar dari rumah aku ni!” Amarah yang meluap tidak dapat dibendung lagi. Atok bingkas bangun. Meninggalkan aku dan ayah. Ayah tunduk. Memandang sepi lantai rumah.

VII
Anak kecil itu kudukung kemas. Dia lebih banyak menyalin raut wajah umminya. Pipinya kukucup mesra. Jemari kecilnya kugenggam perlahan.

“Mana agaknya Aqish letak botol susu Widad ni ye, bang?”
“Cuba Aqish cari kat bawah sofa tu. Kadang-kadang si Widad ni bawa botol susunya ke situ.” Aku memberi cadangan. Anak kecil itu kuacah-acah. Dia ketawa.
“Ha! Ada pun.” Dia tersenyum manis menampakkan barisan giginya yang tersusun indah.
“Pukul berapa kenduri tahlil tu, bang?”

“Kalau tak ada apa-apa halangan, Insya Allah lepas Isyak nanti. Erm, Aqish dah bawa Surah-surah Yassin tu?” Bola mata kami bertemu. Dia mengangguk.

VIII
Alhamdulillah, majlis tahlil untuk arwah atok dan nenek telah disempurnakan. Hatiku berbunga syukur kerana maklong sekeluarga, ayah dan Mama Laura serta paksu Syafiq pulang ke teratak atok malam itu. Pastinya atok berbangga dengan anak-anaknya sekarang. Didikan atok dan nenek tidak salah tetapi kerana keindahan dunia yang mengaburi iman dan akal, insan kadang –kadang terlalai dan terlupa.

Hakikat itu aku akui lebih-lebih lagi setelah menamatkan pengajian dalam bidang Usuluddin di Universiti Al-Azhar, Mesir serta setelah bergelar guru, suami dan bapa. Hidup memang banyak mehnahnya. Tanpa iman, manusia akan terumbang-ambing melayari kehidupan. Aku masih ingat pesan atok sewaktu menghantarku di lapangan terbang dulu. Jadilah seperti ikan yang tetap tawar walaupun hidup di laut masin dan jadilah seperti terumbu karang yang tetap teguh walau dipukul badai.Sang Panglipularahttp://www.blogger.com/profile/04616573928428108724noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7387167282663676812.post-52162948862516702222009-12-11T20:52:00.000-08:002009-12-11T21:03:00.930-08:00WWW.MATI.COM(DEWAN AGAMA DAN FALSAFAH APRIL 2003)

LAGU In The End mengganti melodi indah Sutera Kasih. Natasya terbaring lesu. Bola matanya meliar, memerhati bilah-bilah kipas di syiling yang rancak menari. Malam itu, seperti jua malam-malam sebelumnya, hanya dia dan Mak Kiah sahaja yang menghuni banglo dua tinggi itu. Daddy masih di pejabat. Menguruskan pelan perniagaan yang masih banyak lompangnya. Kata Daddy, kalau dia tidak berjaya menyiapkan pelan perniagaan tersebut pada hari ini, pastinya beberapa tender perniagaan akan terlepas daripada tangannya. Terlepas tender bererti terlepaslah untung yang sedang menanti bagai durian yang mahu gugur itu. Mama pula sibuk dengan urusan persatuannya. Berbincang dengan rakan-rakan datinnya tentang aktiviti persatuan pada bulan depan. Ahli perlu ditambah supaya bertambah jualah input persatuan hasil kutipan yuran ahli.

Natasya mengerling jam di dinding. Jarum pendek menghala muncungnya ke angka sembilan. Jarum panjang menunjuk ke angka enam. 9.30 malam. Dia mengeluh kecil. Radio diperlahankan. Dia mahu lelap sebentar. Penat di badan masih belum hilang. Petang tadi dia dan kawan-kawan bermain boling dan ke pusat snuker. Andrien ada mengajaknya ke kelab. Selalunya dia menerima pelawaan Andrien, lelaki berdarah campuran Australia dan Melayu yang berjaya mencuri hatinya itu. Tapi entah mengapa hari ini dia menolak. Andrien mendengus kecil. Ada sejalur sinar kecewa di wajah lelaki berkumis nipis itu.

Andrien, Andrien, Andrien. Nama itu diulang-ulangnya. Dia senang bersama lelaki itu. Daripada Andrienlah dia kenal erti kasih. Dan Andrien jualah tempat dia menumpang sayang. Natasya merasakan dirinya amat dihargai ketika bersama Andrien. Andrien memujuk saat dia merajuk. Andrien menenangkannya saat dia dalam amarah. Andrien ketawa saat dia gembira. Andrien menangis saat dia bersedih. Segala-galanya Andrien. Dan dia tertidur di celahan fantasi indah bersama seorang lelaki bernama Andrien.

JEMARIKU galak menekan abjad-abjad yang tersusun di papan keyboard. Tugasan yang terlalu banyak adakalanya mematikan semnagatku. Keringat di dahi kuraup. Tangan dan kaki sekali-kala diregang. Mataku kurasakan berpinar-pinar. Mungkin kerana terlalu lama memandang dekat ke arah monitor. Nescafe panas kuhirup. Aromanya menusuk sinus. Aku menyemak kembali artikel yang separuh siap itu.

Mati adalah suatu proses perpisahan antara roh dan jasad. Jasad yang terdiri daripada tulang, dagung, darah, urat-urat, kulit, bulu dan kuku setelah ditinggalkan roh akan menjadi rosak dan hancur. Roh pula ialah suatu unsure ghaib yang diciptakan Allah. Hanya Dia sahaja yang mengetahui rahsia roh. Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 85 mafhumnya “Dan mereka akan bertanya kepada (Muhammad) tentang roh. Katakanlah : Roh itu urusan Tuhanku dan kami tidaklah diberi pengetahuan kecuali sedikit.”

Ahli Falsafah Yunani Socrates yang hidup dalam tahun 470 hingga 399 sebelum Masihi, mengatakan roh adalah sesuatu yang ada sendiri. Bila seseorang ketika hidupnya bergelumang dengan kejahatan, maka apabila rohnya terpisah dari jasad, rohnya tidak akan berada di tempat bahagia. Tetapi jika seseorang ketika hayatnya sentiasa melakukan kebaikan, rohnya kan menuju ke tempat yang tinggi.

Pythagoras yang hidup pada tahun 582 hingga 500 sebelum Masihi pula mengatakan roh daripada seorang manusia yang telah mati akan berpidah ke jasad yang lain. Dia dengan tegas mengatakan mati bukanlah akhir bagi penghidupan manusia. Pythagoras percaya pada kehidupan selepas mati.

Manakala Imam Al-Ghazali yang dilahirkan pada 450 Hijrah dan wafat pada tahun 505 Hijrah berkata, hakikat roh tidak diketahui oleh manusia. Ia menjadi rahsia Allah. Imam Al-Ghazali melarang orang menyelidiki dan memikirkan tentang hakikat roh kerana ia hanya akan mendatangkan perbalahan dan kesesatan.

NATASYA menggenggam erat tangan Andrien. Kaki kirinya menguis-nguis pepasir putih yang ditolak ombak ke gigi pantai. Sekali-kala bola matanya melemparkan pandangan, jauh ke samudera biru. Dia tercari-cari penghujung hamparan biru itu seolah-olah mencari hujung kisah penghidupannya. Andrien menarik tangannya, menuju ke sebatang pohon kelapa yang sudah tumbang. Dan merpati dua sejoli dibelai hembusan pawana cinta. Mentari senja saksi segala-galanya.

Jarum-jarum jam berkumpul di angka 12. Natasya dan Andrien masih leka berseronok di kelab bersama teman-teman. Irama muzik rancak seakan-akan melambai mereka untuk tegar menggoyangkan jasad. Andrien sukakan gaya lincah Natasya ketika menari. Dia bijak mengikut alunan rentak. Sekali-sekala wajah ayu Natasya disentuhnya lembut. Pinggang Natasya dipaut kejap. Neon yang sering bertukar warna menghangatkan lagi kedinginan malam itu. Setelah penat menari, mereka melabuhkan punggung di suatu sudut. Derai tawa mereka bercampur dengan alunan muzik rancak. Sang iblis turut ketawa berdekah-dekah, menyaksikan anak Adam yang pincang iman dan lupa syariat. Dan mereka terus tenggelam di celahan melodi bernada syaitan.

Natasya pulang lewat. Daddy dan mamanya sedang enak dibuai mimpi. Mereka tidak pernah mengambil tahu tentang penghidupannya. Pukul berapa dia keluar dan pulang? Dengan siapa dia berkawan? Mereka tidak mahu mengongkong anak gadis itu. Mereka memberikan kebebasan yang seluas-luasnya pada Natasya. Dan Natasya… Dia mencorakkan warna penghidupannya dengan palitan corak yang diingininya tanpa tunjuk ajar daripada yang fakeh. Kadang-kadang dia gembira dengan ceritera hidupnya yang begitu. Tapi pernah jua terfikir di benaknua betapa dia memerlukan Daddy dan Mamanya untuk bersama-sama di belakangnya melangkah kaki ke pintu kehidupan yang lebih realiti.Jiwanya kosong. Terlalu kosong!

Natasya bukan anak yang lemah akalnya. Dia bijak. Sering mendapat pujian daripada pensyarah-pensyarah kerana tinggi inteleknya. Natasya tiada cacat-celanya. Namun, lompang peribadi masih luas. Solat lima waktu tidak terjaga. Apatah lagi puasa yang sebulan. Aurat muslimah terabai. Pergaulan tiada batasan. Natasya tidak diajat semua itu. Yang dia tahu hanya belajar tinggi-tinggi untuk senang di kemudian hari. Dia anak tunggal Dato’ Nazri dan Datin Syamsiah yang bakal mewarisi Impian Holdings. Dia harapan besar Daddy dan Mamanya.

BUNYI mesin faks di sudut kamarku mematikan lamunan. Aku bingkas bangun. Perlahan-lahan aku meluncuri perenggan demi perenggan.

Ini maklumat yang Azraie minta Raudhah carikan. Tak banyak yang Raudhah jump. Nanti, kalau ada lagi informasi, Raudhah akan faks atau emailkan.

Agama dan keprcayaan merupakan salah-satu cirri penting dalam pembentukan sesuatu tamadun. Manusia dalam tamadun awal mengamalkan kepercayaan polytheistic atau banyak tuhan.

Orang Mesir percaya bahawa orang yang telah mati akan hidup semula di akhirat dan kehidupan tersebut penuh dengan kebahagiaan. Maka golongan pemerintah telah membina pyramid untuk menyimpan mumia dan sebagai tempat roh bersemadi. Pyramid juga digunakan untuk menyimpan khazanah seperti perabot, harta dan makanan untuk bekalan orang yang disemadikan.

Tetapi orang Sumeria tidak percaya kepada konsep kehidupan selepas mati seperti orang Mesir. Mereka yakin bahawa mereka hanya terjerumus ke dalam gua yang dalam dan tiada apa-apa kecuali habuk dan kesunyian.

Orang Hindu percaya kepada Hukum Karma dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula ini amat bergantung kepada Karma iaitu perbuatan seseorang semasa hayatnya. Matlamat seseorang penganut Hindu adalah untuk mencapai Nirvana atau Moksha. Seseorang yang mencapai Moksha akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia. Oleh itu mereka perlulah membuat kebaikan terhadap segala makhluk di dunia supaya dapat menghindarkan diri daripada kelahiran semula.

Agama Buddha berdasarkan ajaran Siddhartha Gautama. Dia mengembara selama enam tahun dan akhirnya mendapat pencerahan agung yang dicarinya selama bertapa di bawah Pokok Bo di Boghgaya. Pencerahan agung itu ialah ‘Empat Kebenaran Yang Mulia’ yang menjadi asas agama Buddha. Pertama, kesengsaraan dan kepahitan hidup adalah lumrah alam. Semua yang hidup harus menghadapi umur tua, penyakit dan mati. Kedua, kesengsaraan berpunca daripada nafsu untuk memperoleh kekayaan dan keseonokan yang dianggap kesenangan sementara. Ketiga, cara mengelakkan kesengsaraan ialah dengan mengatasi nafsu. Keempat, cara untuk menamatkan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah melalui Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan.

Bagi Agama Islam nan suci ini, mati adalah sesuatu yang pasti terjadi. Cuma manusia tidak mengetahui bila dan di mana ia akan terjadi. Semuanya rahsia Ilahi. Manusia harus bersedia dan melengkapkan diri dengan amalan yang dituntut Islam dan meninggalkan segala yang dilarang supaya beroleh kesenangan di akhirat kelak. Bagi manusia yang patuh pada perintah-Nya, mereka akan beroleh ganjaran syurga di Sana. Tetapi sebaliknya pula bagi mereka yang ingkar dengan ajaran tuhan, mereka akan diazab di neraka jahannam. Wa Na’uzubiilah. Oleh itu wajib bagi sekalian insane mengingati mati dan bermuhasabah dengan malan yang dikerjakan di dunia in.

Artikel itu terhenti di situ. Aku memikir-mikir dan menimbang-nimbang maklumat yang baru kuperoleh. Sempurna sekali! Raudhah memang tidak pernah menghampakanku jika aku meminta bantuannya. Malah kadang-kadang dia sendiri yang menawarkan dirinya untuk menolongku. Ah gadis itu! Satu-satunya perawan yang berjaya mengocak sentimenku. Entah mengapa naluriku dihimpit debar, degup jantungku kian laju setiap kali aku berhadapan dengannya. Gadis thiqoh itu benar-benar menguji iman sang lelaki ini.

KERETA Sephia hadiah Daddy sempena hari lahirnya tahun dipandu laju. Sesekali dia mengerling ke arah cermin tepi keretanya. Brek ditekan kejap. Warna kuning lampu isyarat di hadapannya bertikar merah. Dia mendongak ke hamparan langit tak bertongkat. Mentari memancar terang sinarnya. Indah! Seindah hari itu. 14 Februari. “Happy Valentine’s Day, honey.” Dia memandang ke arah sebungkus kotak berbalut kemas. Andrien pasti menyukai hadiah yang dibelinya itu. Dia tersenyum sendirian.

Loceng di luar pintu apartment itu ditekannya. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Dia hairan. Dia menunggu sabar. Nah! Andrien muncul di muka pintu bersama sejambak mawar merah. Pantas dia memluk lelaki itu dan satu ciuman dihadiahkannya di pipi Andrien. Memang pada tahun itu mreka telah berjanji untuk meraikan Hari Kekasih di rumah Andrien. Lazimnya begitulah pada tahun-tahun sebelumnya. Silih berganti. Andrien mahukan perubahan. Merasai nikmat meraikan Valentine’s Daya di tempat yang berbeza.

Natasya menghulurkan bungkusan hadiah pada Andrien. Andrien mengeleng. Natsya hairan. Lantas Andrien membisikkan sesuatu di telingannya. Dia terdia. Fikir. Andrien lebih dari segala-galanya dalam hidupnya. Mana mungkin dia menolak permintaan Andrien pada hari yang dirasakan cukup bermakna untuknya dan Andrien. Dia sayangkan lelaki itu. Bibirnya menguntum puspa senyum. Benarlah sabda Rasulullah, arak adalah ibu kepada segala kemaksiatan. Dan selepas itu, perlahan-lahan Andrien memimpin tangannya. Membawa Natasya melayar bahtera keji di samudera bergelombang maksiat.

“DAN engkau lihat kebanyakan dari mereka berluma-lumba pada melakukan dosa dan pecerobohon serta memakan yang haram. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.”

Natasya dan Andrien hanyut dibawa arus duniawi. Mereka lupa pada adat. Jauh sekali ingat pada syariat. Zina yang sememangnya kotor dan jijik dianggap istimewa dan indah di mata mereka. Arak yang sememangnya haram dan keji diteguk bagai air suci dan halal. Jika mengikut hukum Islam, penzina ghairu muhsan ini perlu disebat 100 kali. Tapi dunia hari ini bisu danpekak. Membiarkan sahaja maksiat bertebaran. Di mana praktikallnya sabda Rasulullah : Hendaklah kamu berbuat ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Dunia memang indah tapi jangan menyesal di Darul Baqa’ kelak.

TELEFON di suatu sudut di ruang tamu rumahku berdering. Malas…kuangkat punggung lalu menuju ke arah bunyi. Sayu ucapan salam dari sana. Inna lillahi wa inna ilahi raji’un. Dari-Bya kita dating dan kepada-Nya jua kita kembali. Sahabatku telah meninggalkan alam fana ini menuju ke alam yang lebih abadi. Dia pergi ketika sedang bersujud di hamparan nan suci. Syukur, perginya dalam keadaan yang diredhai. Miqdad! Wajahnya kembali menerpa memori. Dia rafiq akrabku ketika di kampus dulu. Kami sama-sama mengharung suka duka hidup sebagai pelajar. Aku banyak mengenal erti sabar dan tabah daripadanya. Semangatnya begitu kental walaupun lebih setahun menghidap barah otak. Sememangnya dia lelaki yang utuh benteng imannya. Dia redha dengan qada’ dan qadar yang ditakdirkan Allah untuknya. Dan hari ini, ternyata All! ah menyayanginya. Menjemputnya menghadap Al-Khaliq.

Kini genap seminggu Miqdad pergi meninggalkan semuanya. Ditinggalkannya ibu, ayah, keluarga, harta dan segala-gala keindahan dunia ini. Aku sempat mengucup dahinya sebelum talkin dibaca. Sedih berkisar di ruang hati. Dari jauh kulihat Raudhah menyeka memanik jernih yang luruh ke pipi. Aku masih ingat kata-kata Miqdad padaku. “Azraie…Ana selalu mengimpikan persahabatan kita ini menjadi hubungan kekeluargaan suatu hari nanti.”

Pemergiaan Miqdad benar-benar impak hebat dalam hidupku walaupun aku sedar semua insane akan pergi jua. Terkadang terfikir di benakku…Apakah sudah cukup amalku sebagai bekal untuk meneruskan permusafiran ke bumi abadi? Adakah aku telah bersedia? Ya Rabbi… Moga aku dikurniakan Husnul Khatimah dan dijauhkan daripada Suul-Khatimah.

SEMALAM mimpi itu dating lagi. Saban malam igau itu menghantui lenanya. Mimpi yang sama. Mahu saja diendahkannya tapi nalurinya meruntun mahu tahu rahsia di seblaing sebingkis mimpi yang kerap dating mengganggi tidurnya. Pernah diceritakan mimpi itu pada Andrien tetapi kata-kata Andrien menghampakannya. Mimpi itu mainan tidur. Jangan langsung mempercayainya.

Natasya tertanya-tanya sendirian. Apa makna di sebalik seorang lelaki tua yang sedang menanam batu berbentuk nisan di sepanjang jalan? Kelihatan diri Natasya menghampiri kawasan itu lantas menyentuh batu-batu tersebut.

Renik-renik di wajahnya diseka. Dadanya berombak. Serasa aliran darah mengalir deras di segenap kapilari. Dia membengkokkankedua kakinya hingga lututnya bertemu dagu. Natasya bingung. Dia bingkas bangun. Langkah kakinya diatur perlahan. Segelas air suam diteguknya. Tiba-tiba bahunya disentuh seseorang. Dia menoleh. Mak Kiah!
Segala-galanya diceritakan pada Mak Kiah. Mimpi yang acap kali hadir bersama sentuhan bayu malam. Mak Kiah menguntum senyum. Natasya termenung sendirian. Memikir dan merenung kembali kata-kata Mak Kiah pada dirinya. Terngiang-ngiang di telinganya ungkapan daripada bibir Mak Kiah.

“Mungkin itu adalah peringatan buat Tasya. Allah menyayangi Tasya. Berubahlah nak! Berubahlah ke arah yang lebih baik. Fikirkan, apa sebenarnya yang Tasya cari di dunia ini? Kita tak kekal di dunia ini, nak. Semuanya akan kita tinggalkan. Kita akan disoal oleh Allah atas segala-galanya yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita.

PANDANGAN kulemparkan ke luar jendela. Kantung emailku sarat dengan ucapan takziah daripada sahabat-sahabat seperjuangan yang mengetahui pemergian Miqdad. Mereka tahu, aku memang akrab dengannya. Malah dia kuanggap seperti saudara sendiri. Ah! Yang pergi tetap pergi. Mana mungkin kan kembali lagi. Kuregangkan jemari. Pantas… kuteruskan kembali tugasanku yang tertangguh sekian lama.

Agama Islam menganjurkan manusia agar sentiasa mengingati kematian dan mempelajari hakikat mati. Ini bertujuan supaya manusia dapat menempuh alam kematian itu dengan penuh pengertian dan kesedaran. Orang yang sentiasa mengingati mati dan yakin dengan kematian yang pasti menjengah dirinya, tidak akan hidup di dunia ini dengan berbuat kemungkaran, berfoya-foya dan lalai pada suruhan Tuhan. Sebaliknya mereka akan cuba sedaya upaya untuk mempersiapakan diri dengan amalan kebaikan. Selain itu mereka akan cuba untuk bekerja bersungguh-sungguh untuk keluarga mereka yang akan mereka tinggalkan kelak. “Beribadahlah seolah-olah kau akan mati esok hari dan bekerjalah seolah-olah kau akan hidup seribu tahun lagi.”

Tetapi sebaliknya jika seseorang itu lalai dan alpa pada kematian, mereka akan hidup dalam kesesatan, lupa pada perintah Allah, sombong, takbur dan berperibadi mazmumah. Seperti Qarun yang sombong dengan harta kekayaan yang dimilikinya. Dia mendakwa semuanya adalah hasil pengetahuan dan kepandaian yang ada padanya. Tetapi akhirnya dia mati tertimbus bersama rumah dan hartanya. Begitu jua dengan Firaun yang bongkak, mengaku dirinya tuhan serta menyuruh manusia menyembahnya. Akhirnya dia mati lemas, ditelan Laut Merah. Nah! Tiada seorang manusia pun yang kekal abadi walaupun dia merasakan dirinya gagah dan hebat.
“Maka Maha Suci Allah yang ditangan-Nya kekuasaan segala-galanya dan kepada-Nya kamu bakal dikembalikan.” ( Surah Yassin:83)

KUALA LUMPUR, Ahad- Dua orang remaja masing-masing berumur 22 dan 24 tahun terbunuh selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori. Kedua-dua mangsa, Natasya Ilyana dan Andrien Iskandar yang mengalami kecederaan teruk di kepala, mati di tempat kejadian kira-kira jam 3 pagi.

Andrien yang memandu kereta terbabit dipercayai memandu dalam keadaan mabuk. Siasatan lanjut akan dijalankan.

Nafas kuhela panjang. Kutatap gambar di sebelah berita yang disiarkan. Ya Allah! Anak Melayu beragama Islam mati dalam keadaan yang menggerikan. Lebih hina lagi kerana mati akibat bergelumang dengan air haram itu. Nau’uzubillah!

Keratan akhbar itu kusimpan untuk discankan nanti. Satu lagi kisah penghidupan buat tatapan dan renungan masyarakat. Moga mendapat manfaat daripada sedikit usaha yang dilakukan. Lantas tugasanku di WWW.MATI.COM kusambung lagi…Sang Panglipularahttp://www.blogger.com/profile/04616573928428108724noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7387167282663676812.post-31302238509434857092009-12-11T20:45:00.000-08:002009-12-11T21:01:07.819-08:00TELAH DIBERINYA HATITartillah selalu. Kerna dalam tadabbur Al-Furqan itu ada sakinah dan syifa’. Ketenangan dan penawar. Hikmah dan makna. Bukankah Al-Quran itu mukjizat teragung Muhammad, wahyu dari Dia Yang Haq? Lalu sembuhlah duhai hati, sudah kutemu penawar geringmu.

Aduhai hati! Jangan rencam berona rindu. Bukankah sudah bersatu bahasa hatiku dan bahasa jiwanya? Sungguh. Hatinya sudah akrab dengan hatiku. Terlalu!

Furqan itu kukucup lalu hatiku bergetar dan terus berdenyut. Tapak tanganku kuletak perlahan ke dada. Ya! Ia berdenyut memanggil namanya- Muhammad. Dalam desah nafas yang panjang malam itu, aku kepingin mencari wajahnya di balik purnama sabit. Begitu pesannya pada ibu tua itu, pinta disampaikan padaku- Andai hatimu kencang berdenyut, intai wajahku di hampar langit. Meski jasad Muhammad dan Khadijah ini terpisah, kita masih berbumbung langit yang sama, jua masih berkongsi hati. Seperti Muhammad Al-Amin yang tidak pernah melupai pengorbanan srikandi Islam Khadijah, harum mekar kasih di hati.

Dulu, tatkala sendirian begini, aku punya dirinya menyelongkar makna persahabatan. Lalu dia yang saban hari menceriakan hidupku yang dura. Menguntum senyum di bibirku yang kering dan merekah. Datang pada waktu siang dia berkongsi cerita tentang kerjaya dan perjuangannya. Datang pada waktu malam, dia berkisah tentang derita ibu tuanya. Dan tiap kali itu jua air matanya yang ditahan di empang mata, luruh dan pipinya basah. Dan sedunya itu aku memujuk. Lalu dia kembali berjenaka.

Dia doktor yang merawatku di wad yang kuhuni ini. Ya! Doktor Muhammad. Seorang doktor yang kukira amat dekat dengan pesakit-pesakitnya. Sanggup bersengkang mata dan bergegas ke wad andai ada panggilan kecemasan. Seorang doktor yang mampu berkongsi cerita dengan pesakit. Seorang doktor yang memahami jiwa kami. Terlalu! Dia seperti lilin yang membakar diri. Sanggup berkorban demi insan lain- yang tiada pertalian sahabat, jauh sekali hubungan keluarga. Sungguh! Mulia benar kerjayanya. Lalu sering dia berkata padaku :

Kupunya ilmu yang diizinkan Allah untuk memilikinya. Lalu wajib aku menggunakan ilmu ini demi kebajikan insan lain.

Dan saban hari itu jualah, dia semakin mengenali sikap degil dan egoku. Begitu jua aku- yang mendasari sifatnya yang tak lokek ilmu dan bantuan. Lalu kami berkongsi ceritera hidup. Sering, dia ralit berkisah tentang ibu tuanya yang menderita. Ya! Derita seperti aku. Namun deritaku hanya kerna punya penyakit hati lalu terlantar di wad ini hampir setahun.

Meski banyak yang hitam, memori lalu bisa menjadi penyuluh perjalanan hidupku di masa depan. Begitu kata Muhammad padaku. Tapi bagaimana? Aku bertanya dia. Lalu aku pesona mendengar bicaranya- Seperti orang buta yang tidak bisa memandang dunia dengan mata zahir tetapi bisa menikmati keindahan ciptaan Tuhan dengan mata hati dan mata akal. Begitu jua kenangan yang meski hitam dan gelap, bisa jadi penyuluh- jadi pedoman!

Lalu air mataku jatuh. Sebabak-babak kenangan menerpa ke dimensi ingatan. Ya! Aku anak yang liar suatu ketika dahulu. Rencam akhlak, tegar dengan maksiat dan kehinaan. Tandus kasih sayang. Sebu dengan kekayaan. Lalu kala saat gering seperti ini, aku menilai semula perihal hidupku yang lampau. Dan setiap detik waktu itu jualah air mataku begitu murah mengalir. Aku yang tidak pernah menangisi dosaku, saat ini sudah terlalu takut dengan noda. Makin mengakrabi Tuhan- Dan aku belajar semua ini daripadanya.

Saat kali pertama Muhammad menghulur salam kenal padaku- aku jadi malu. Dia memang Muhammad yang terpuji tapi aku bukan Khadijah yang mulia. Jauh! Lalu air mataku semakin laju menitis saat mengingati aku mawar yang sudah rontok dek kumbang- yang sudah sirna wanginya. Aku tidak memilih sahabat. Begitu katanya. Lalu detik itu, kami terus berkongsi kelaring luka masing-masing dan dia tidak jemu-jemu merawatku.

Kala aku dibenarkan keluar wad untuk 1 minggu, Muhammad membawaku pulang menemui ibu tuanya yang derita itu. Katanya bayu desa baik untuk kesihatanku. Papa dan mama mengizinkan malah kulihat wajah mereka semakin jernih melihat perubahanku. Dari seorang anak yang agresif metah, menjadi gadis santun yang menghormati mereka. Sungguh! Ini hikmah ujian-Mu Tuhan. Dan Muhammad ini Kau kirim sebagai penunjuk jalanku.

Singgah di tanah kelahiran Muhammad, aku jadi terpana. Dingin pawana kampung meresap ke sumsum. Bersih dan wangi. Gumpalan awan bak ropol-ropol kapas putih, indah dan cantik. Kala gerimis, pelangi tujuh warna muncul. Dan desis bisikan Muhammad masih kuingat- Begitu pelangi, terlalu sukar melihat kehadirannya- munculnya tidak selalu, hadir kala gerimis di panas hari cuma. Begitupun wanita solehah, sukar benar ditemui di zaman dasawarsa baru ini. Lalu aku memandangnya penuh makna.

Terkesip aku memijak tanah selut di tengah bendang. Merasai sejuk lintah merayap di kaki, aku menjerit. Dan Muhammad ketawa. Lintah jantan katanya. Menarikan layang-layang di hamparan langit biru, begitu mengasyikkan. Dan setiap kali itu jualah, Muhammad berbisik ke telingaku. Hidup umpama layang-layang. Dan kita adalah pemain layang-layang itu. Pegang talinya erat-erat. Bimbang, terputus tali, hilang arah tujuan- akan melayang entah ke mana. Dan air mataku mula bergenang.

Lalu aku semakin sedar, hutan konkrit yang aku huni tidak secantik rumput dan bunga kertas yang tumbuh di laman teratak Muhammad. Malah mentari di sini lebih cantik dan terang sinarnya. Dan aku mula menyesali kehidupanku yang kaku dan pejal. Aku terkurung dek waktu yang bisu- yang tidak pernah bercerita perihal keindahan suasana desa yang begitu mempesona. Mengintai ikan-ikan kecil di kali, aku teringat ikan emas dalam akuarium besar di banglo putihku. Ah! Betapa ikan emasku rindu berenang di air yang bebas mengalir seperti ini. Lalu Muhammad memujukku- mengajak aku mengail di sungai di hujung kampung. Aku menjerit kala seekor ikan haruan termakan umpan. Dan tengah hari itu aku, Muhammad dan ibu tuanya menikmati makan tengah hari yang enak. Sederhana tapi penuh erti. Lantas perlahan-lahan rasa rindu pada hubungan ibu-anak, ayah-anak meresap ke nubariku.

Ibu tua itu sering merenungku penuh kasih. Dia menyelimutiku saat bayu menyapa jendela teratak kayu itu, mendinginkan tubuhku kala aku kehangatan. Lalu aku senang mengurut dadanya saat dia sesak nafas. Jua aku gembira memicit tangan dan kaki tuanya dengan minyak angin yang dihulur Muhammad. Ibu tua itu tabah. Dari tubir matanya yang semakin kuyu dan lemah, aku nampak hidupnya penuh dengan cerita- manis dan pahit. Bapa Muhammad meninggal dipagut ular ketika menyulam padi di tengah terik mentari segalah di kepala. Muhammad masih kecil kala itu- 9 tahun. Dia hanya punya saudara perempuan- seorang kakak yang kini sudah bergelar pensyarah. Lalu ibu tua itulah yang membesarkan dua beradik itu dengan mencari rezeki menjual kuih hingga Muhammad berjaya menjadi doktor dan kakaknya menyandang jawatan penolong profesor.
Tidak pula seperti aku yang hidup penuh mewah namun berteman bayang-bayang sendiri. Aku tidak pernah rasa beruntung hidup dalam dunia penuh wang ringgit. Kerna bagiku harta kekayaan tidak mampu membeli kasih sayang dan kebahagiaan. Dia beruntung. Punya ibu pada mata zahir dan batin. Aku? Pada zahirnya punya ibu dan ayah namun hakikatnya aku tidak punya siapa-siapa. Dan aku membesar bersama secarik kenangan begitu. Bukan sepertinya yang kukuh peribadi dan salasilah. Punya ibu yang memahami dan mengasihi. Punya kakak yang bisa dihormati dan disanjungi.

Lalu saat Muhammad pulang sebentar ke kota, menemui pesakit-pesakitnya, ibu tua itu mula berkisah padaku. Muhammad mahu ke lembah Tigris Euphrates. Aku terkejut! Lalu mata ibu tua itu mula berkaca. Sekali lagi, seperti dulu dia pernah tinggalkan ibu lalu menjadi doktor sukarela, menyertai misi keamanan ke Bosnia dan Al-Quds. Aku terkesima. Terlalu!

Dan kala sekerdip embun menyapa dedaun gontai di suatu pagi nan salju, Muhammad berwajah jernih itu mula berkisah perihal perjuangannya.

Sejak tamat universiti dalam ijazah kedoktoran, aku sering mengikuti anggota sukarelawan membantu mangsa-mangsa perang dan kebuluran. Aku pernah ke Bosnia ketika krisis Kosovo pada 1992, membantu etnik Albania, ke Ramallah dan kem pelarian di Jenin beberapa kali, ke Kashmir wilayah yang saban waktu bergolak, lalu kali ini mahu ke Baghdad- selewat-lewatnya pertengahan tahun ini.

Mendengar bicaranya, air mataku luruh bak memanik embun pagi itu.
Ibu sudah merestui. Dan aku juga mahu pergi atas restumu, Khadijah.

Kau mahu pergi kerana ingin mewangikan nama?
Tidak. Aku pergi mewangikan perjuangan. Perjuangan membela nasib saudara seagama. Perjuangan mempertahankan maruah Islam. Kita masing-masing berjuang, Khadijah. Aku berjuang. Mereka berjuang. Kau juga. Cuma cara perjuangan itu sahaja yang berbeza. Aku berjuang dengan ilmuku yang dikurniai Allah, kau berjuang dengan semangat dan ketabahan, mencari kembali nikmat sihat. Mereka berjuang dengan maruah dan nyawa, mencari kembali akar kedamaian.

Diam. Aku kelu untuk menitir kalam. Aku mahu sepasang mata ini sahaja yang berbicara dengannya.

Tapi sebelum aku pergi, aku punya satu hajat yang harus aku tunaikan. Suatu hadiah untukmu, Khadijah.

Hajat? Hadiah? Aku bertanya.
Dia tersenyum dan bicara itu terhenti di situ.

Lalu tidak sampai seminggu aku mencanai kenangan di laman indah nian itu, aku perlu pulang ke hospital. Mataku sudah kekuningan amat. Muntah-muntah dan cirit-birit itu petanda kurang enak. Jua demam yang tidak kunjung kebah. Perlu perhatian segera. Begitu kata Muhammad. Dia risau benar, begitu jua dengan ibu tua itu. Lalu setelah kukucup pipi dan tangan yang sempat kurasai air tangan masakannya, aku pulang ke kota dalam kebasahan air mata. Nanti saya kembali ya ibu! Dan ibu tua itu mengangguk lalu mendakapku perlahan.

Di wad, pemeriksaan rapi ke atasku dijalankan. Aku perlu dibedah segera! Aku bingung. Aku belum punya penderma hati.
Sudah ada. Muhammad berbisik ke cuping telingaku. Aku tambah bingung.

Siapa?
Seorang insan yang mengasihimu dan ingin melihatmu beroleh sejahtera dan hidup dalam nafas keimanan. Lalu dia tersenyum.

Siapa? Aku makin kebingungan. Oh! Aku perlu mengenalinya, Muhammad. Aku perlu mengucapkan terima kasihku padanya.

Dia tidak ingin dikenali. Cukup sekadar dihargai sebahagian hati yang ingin diberinya padamu dan pesannya supaya kau sinari hati itu dengan Nur Al-Quran dan bajainya dengan benih ketaqwaan.

Usai pembedahan, Muhammad tidak pernah menjengukku. Aku bertanya pada Doktor Suraya dan Doktor Afkar juga jururawat-jururawat di situ, tapi jawapan yang kuterima begitu mengelirukan. Aku bingung! Hampa. Muhammad, kau tidak adil! Kau pergi menjejak kota Baghdad tanpa memberitahuku. Lalu dalam bara amarah yang membakar hatiku, aku terasa hatiku sendiri seperti mencemuhku. Ya! Hati yang sudah bersatu dengan hati insan yang tidak kuketahui gerangannya. Jangan pernah menghina Muhammad. Hatiku berbicara. Aku kaget. Lantas aku merasai benang-benang jahitan yang berselirat di dada. Hati siapakah yang sudah bersatu dengan hatiku kini?

Lalu saat aku sudah cukup sembuh untuk meninggalkan wad, aku tidak pernah segan mengunjungi teratak Muhammad dan ibu tuanya. Aku mahu mencari kepastian pada sebuah kepemergian yang tidak diberitakan. Air mataku menitis saat tubuhku mendakap tubuh tua yang sarat wajah kerinduan. Di jalur matanya ada gharisah. Muhamamad ada ibu? Dia tidak menjawab. Namun menjemputku masuk.

Petang itu, dalam silau remang senja, kulihat sepucuk surat daripada celah sebuah buku Biologi milik Muhammad. Beralamatkan ibunya. Aku buka dan meneliti kandungan warkah bersampul papirus itu. Tulisan itu bukan milik Muhammad tapi menceritakan perihal dirinya. Astaghfirullah! Hatiku berdegup kencang. Pantas dan laju. Air mataku menitis. Semakin deras hingga seduku kedengaran. Lalu ibu tua itu kaget metah! Dia mendakapku dan aku basah dalam tangisan serta pelukannya.

Aku menatap wajah ibu tua yang sarat kesayuan itu, menanti dia berkisah padaku. Matanya bengkak. Jelas, dia banyak menangis.
Muhammad masih “hidup” dalam hatimu, Khadijah.
Aku kebingungan.
Hatinya dan hatimu sudah bersatu, anakku.
Aku tambah bingung!

Muhammad adalah penderma hati yang ingin kau kenali itu. Setelah hampir setahun merawatmu, Muhammad tahu bahawa dialah penderma hati yang sesuai untukmu. Lalu telah diberinya hati padamu sebelum dia pergi menjejak Baghdad.

Hatiku berdegup. Semakin kencang dan laju. Terlalu!

Benarkah? Lalu aku merasai degupan hatiku dan aku dengar hati itu berbisik namanya. Muhammad. Muhammad. Muhammad. Yang terpuji.

Lalu aku teringat kata-katanya sebelum aku disorong ke bilik pembedahan. Hati itu diberikan oleh seseorang yang mengasihimu dan ingin melihatmu sejahtera dan hidup dalam nafas keimanan.

Masya Allah! Aku kelu. Ada sebak ada pilu. Ada resah dan buntu. Ada keliru dan takut. Percaturan-Mu Ya Allah sungguh tidak kuduga! Meski kami tidak mungkin ketemu, hati kami sudah menjadi satu. Bercantum dan abadi dalam tubuhku.

Muhammad meninggal dalam suatu letupan bom di Tikrit. Mayatnya hancur. Lalu hanya sebahagian hatinya sahaja yang masih berdenyut dalam tubuhmu, anakku Khadijah.

Aku terkesima. Pernyataan ibu itu menghiris pedih. Terlalu! Kupandang ke langit mencari wajahnya. Dan aku nampak dia. Ya! Muhammad- Dalam pakaian putih murni, di sebuah bustan nan indah, kulihat dia tersenyum. Lalu hati ini terus berdenyut. Ya! Berdenyut menutur namanya- Muhammad.

Sungguh! Hingga detik ini dia masih “bernyawa” dan hidup dalam tubuhku, dalam hatiku. Merah dan suci. Bercantum lalu bersatu dalam tiap detap, dalam tiap denyut menghitung hari dalam nafas keimanan bersama…

Ghafirah Idris
15 Mac 2004
Perlis.Sang Panglipularahttp://www.blogger.com/profile/04616573928428108724noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7387167282663676812.post-41140064205049278862009-12-11T20:12:00.002-08:002009-12-11T20:13:05.384-08:00Hari Raya para MalaikatDiriwayatkan dari Abi Umamah Al-Bahili dia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila datang bulan Syaaban, maka bersihkanlah dirimu dan perbaikilah niatmu didalamnya.”

Hadith dari Usamah ra: Aku berkata; Ya Rasulullah SAW aku tidak pernah melihatmu berpuasa satu bulan dari bulan bulan ini seperti puasa dalam bulan Syaaban.” Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Usamah, itu adalah satu bulan yang kebiasaannya manusia lengah darinya antara Rejab dan Ramadan. Syaaban adalah satu bulan yang di dalamnya diangkat amal-amal ini kepada Tuhan seru sekalian alam, maka sebab itu aku suka kalau amalku diangkat sedang aku dalam keadaan puasa.”

Dikatakan bahawa sesungguhnya malaikat-malaikat di langit memiliki dua malam hari raya, sebagaimana orang-orang Islam di bumi memiliki dua hari raya. Hari raya bagi para malaikat ialah pada malam Bara’ah iaitu malam nisfu Syaaban dan malam lailatul Qadar, dan raya bagi orang-orang Islam di bumi ialah pada han raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.

As-Subki dalam tafsirnya menyatakan: “Sesungguhnya malam Nisfu Syaaban itu menutup dosa-dosa setahun, malam jumaat menutup dosa seminggu dan malam Lailatul Qadar menutupkan dosa seumur hidup.”Sang Panglipularahttp://www.blogger.com/profile/04616573928428108724noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7387167282663676812.post-22060377358378495372009-12-11T20:12:00.001-08:002009-12-11T20:12:27.902-08:00Malaikat Menunjukkan Gambaran Syurga kepada AsiahDalam sejarah tokoh kekafiran yang paling dahsyat adalah Firaun. Ia bukan sahaja tidak mengakui adanya Tuhan malah ia mengangkat dirinya sebagai tuhan yang berhak disembah sehingga tergamak ia menyatakan di hadapan rakyat jelata, “Akulah tuhan kamu yang maha tinggi.”

Orang-orang kafir seperti Raja Namrud, Abu Jahal, Abu Lahab dan beberapa orang lagi yang terkenal dalam sejarah, mereka tetap mengakui adanya Tuhan. Hanya sahaja mereka tidak mengakui tuhan mereka adalah Allah Yang Maha Esa.

Segala seruan Nabi Musa dan Harun sedikitpun tidak pernah ia hiraukan, malah pernah suatu ketika Firaun naik ke puncak sebuah bangunan yang tinggi dan melepaskan anak panah ke langit. Kebetulan anak panah itu jatuh di hadapannya dengan bersimbahan darah, lalu ia isytiharkan pada rakyat jelata bahawa ia telah membunuh Tuhan Nabi Musa sedangkan darah tersebut hanyalah darah burung yang Allah tetapkan mengenai sasaran anak panahnya supaya ia bertambah kufur dengan kesombongan dan kekafirannya.

Seluruh rakyatnya dipaksa untuk menyembah dan sujud padanya. Sesiapa yang ingkar, pasti dibunuhnya sehingga seluruh rakyatnya merasa takut dan tidak mempunyai pilihan kecuali menyembahnya.

Walaupun seluruh rakyat telah menyembahnya sebagai tuhan, ada seorang yang paling dekat hubungan dengan dirinya berani mengingkarkan dirinya sebagai tuhan iaitu istennya sendiri, Asiah.

Dialah satu-satunya orang yang beriman kepada Allah di istana Firaun. Rahsia keimanannya yang disembunyikan selama ini telah terbongkar berpunca dari ucapan perkataan “Allah” yang terbit dan mulutnya secara tidak sengaja.

Firaun berusaha memujuk supaya ia kembali kepada kekafirannya. Ia berkata: “Wahai isteriku, tahukah engkau akibat orang yang mengingkari diriku sebagai tuhan? Sebelum engkau menyesal, ubahlah pendirianmu!”

JawabAsiah dengan tegas: “Wahai Firaun, pendirianku tidak akan berubah walau apapun yang akan menimpa diriku dan perlu engkau ingat bahawa engkau dan aku adalah sama-sama manusia biasa. Tuhanmu dan Tuhanku adalah Allah.”

Firaun berusaha memujuknya dengan kata-kata lemah lembut tetapi tetap tidak berhasil, lalu digunakan kekerasan. Kata Firaun: “Hai Asiah, jika engkau tidak mahu mengubah pendirianmu, pastilah engkau akan aku pancung!”

Jawab Asiah: “Wahai Firaun, lakukanlah apa yang engkau mahu tetapi sedikitpun engkau tidak akan dapat menguasai pendirianku dan dengarkanlah sekali lagi aku nyatakan bahawa Tuhanmu dan Tuhanku adalah Allah.”

Setelah usaha mempengaruhinya secara lemah lembut mahupun secara keras juga tidak berhasil, lalu Firaun membuat pengumuman pada sekelian rakyatnya bahawa seorang perempuan akan dipancung kepalanya akibat keengganannya untuk mengakui Firaun sebagai tuhan iaitu Asiah, isterinya sendiri. Semoga hukuman ini akan menjadi pengajaran bagi sesiapa yang ingkar akan ketuhanan Firaun.

Pada masa yang telah ditentukan, berkumpullah sekalian rakyat di suatu tempat di mana Asiah diikat patda sebatang pokok kurma. Firaun masih tidak berputus asa dan cuba memujuknya.

Katanya: “Wahai Asiah, ubahlah pendirianmu. Engkau akan kumaafkan.” Berulang kali pula Asiah menjawab: “Tidak, janganlah engkau cuba mempengaruhiku lagi. Sia-sia sahaja perbuatanmu.”

Lalu Asiah memohon pada Allah sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran surah At-Tahrim ayat 11 yang bermaksud: “Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan bagi orang-orang yang beriman iaitu perihal isteri Firaun ketika ia berkata: Tuhanku, binalah untukku sebuah istana di sisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya serta selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.”

Permohonan Asiah diperkenankan oleh Allah, lalu Allah perintahkan pada malaikat: “Sesungguhnya hambaKu memohon padaKu dan Aku perkenankan permohonannya. Maka perlihatkanlah padanya gambarannya kerana suaminya yang di dunia akan Aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalam syurga, istananya yang ada di dunia akan Aku ganti dengan istana yang lebih baik di dalam syurga.”

Maka malaikat pun menunjukkan gambaran keindahan syurga sebagaimana permohonan Asiah. Pada ketika itu Asiah tersenyum seolah-olah ia mencabar kematiannya. Asiah menghadapi kematian tidak dalam keadaan bersedih, juga tidak menangis malah tersenyum.Sang Panglipularahttp://www.blogger.com/profile/04616573928428108724noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7387167282663676812.post-88318172279232034212009-12-11T20:11:00.001-08:002009-12-11T20:11:51.487-08:00Malaikat Suka Duduk dalam Majlis ZikirDari Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Allah Tabaraka wa Taala mempunyai para malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir, sebaik saja mereka menjumpai majlis zikir, maka mereka akan duduk bersama orang-orang yang sedang berzikir serta memanggil malaikat-malaikat yang lain. Mereka akan datang berkerumun mengelilingi orang-orang yang sedang berzikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit dunia.

Apabila majlis berzikir itu tamat, maka para malaikat akan naik kembali ke langit. Lalu Allah SWT bertanya mereka: "Wahai para malaikatKu, dari manakah kamu semua?" Berkata para Malaikat: "Ya Tuhan kami, kami baru saja pulang dari memeriksa hamba-hambaMu di bumi, mereka bertasbih, takbir, talil dan tahmid serta memohon kepadaMu." Sebenarnya Allah SWT lebih mengetahui tentang perbuatan mereka dan semua makhluk ciptaannya. Setelah Allah SWT mendengar kata-kata para malaikatNya, maka Allah SWT pun berfiman: "Wahai para malaikatku, apakah yang mereka minta kepadaKu?" Berkata para malaikat: "Hamba-hambamu itu memohon syurga dariMu." Allah SWT bertanya lagi: "Pemahkah mereka melihat akan syurga itu?" Berkata para malaikat lagi: "Mereka tidak pernah melihat syurga itu."

Berfiman Allah SWT: "Hamba-hambaKu memohon syurga padahal mereka tidak melihatnya dan apalagi kalau mereka melihat syurga itu." Berkata para malaikat: "Mereka juga memohon kebebasan." Allah SWT bertanya: "Mohon bebas dari apa?" Berkata para malaikat: "HambaMu itu memohon kepadaMu supaya mereka itu dibebaskan dari neraka jahanam." Allah SWT bertanya para malaikat lagi: "Pernahkah hamba-hambaKu melihatkan nerakaKu itu?" Berkata para malaikat: "Tidak ya Allah." Allah SWT berfirman: "Hamba-hambaKu itu tidak pemah melihat neraka jahanam, tapi mereka memohon supaya dibebaskan darinya, apalagi kalau mereka melihatnya."

Kemudian para malaikat berkata lagi: "Ya Allah, hambaMu itu memohon ampun kepadaMu," Allah SWT berfiman: "Dengarlah wahai para malaikatKu, Aku mengampuni mereka itu dan aku akan memberi apa yang mereka minta serta membebaskan mereka dari api neraka yang mereka takut itu." Berkata malaikat lagi: "Ya Allah, di antara mereka itu terdapat seorang hamba yang penuh dengan dosa, dia melalui majlis itu lalu duduk bersama mereka yang sedang berzikir." Allah SWT berkata: "Orang itu pun Ku ampuni, begitu juga dengan setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir itu, tidak ada yang celaka."Sang Panglipularahttp://www.blogger.com/profile/04616573928428108724noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7387167282663676812.post-46582111739433422762009-12-11T20:10:00.002-08:002009-12-11T20:11:16.059-08:00Berbagai bentuk Malaikat Izrail Mencabut NyawaBila sampai masa kematian, maka Allah SWT mengutus malaikat Maut (Izrail) mencabut roh dari tubuh orang tersebut. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan Dialah yang mempunyai kuasa tertinggi di atas hambaNya. Dan diutusNya, padamu malaikat-malaikat penjaga. Sehingga apabila datang kematian pada salah seorang di antaramu lalu ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kaini, dan malaikat-malaikat Kaini itu tidak melalaikan kewajipannya."
(Al-An 'un: 61)

Sekiranya orang yang akan dicabut rohnya itu orang Mukmin yang tidak berdosa, maka malaikat itu datang sebagai seorang yang rupawan. Tetapi jika datang pada orang kafir dan munafik maka mereka mendatanginya dengan rupa yang menakutkan.

Bara' bin Azib telah meriwayatkan yang dikutip dalam hadith Sunan Abi Daud, Hakim, Ahmad dan lainnya menyebutkan hal tersebut sebagai berikut:

"Sesunguhnya jika orang Mukmin, maka ketika dia akan keluar dari dunia ini dan menuju alam akhirat, maka dia didatangi malaikat yang turun dari langit dengan muka yang putih berseri. Seolah-olah wajah malaikat itu seperti sinar matahari. Mereka itu membawa kain kafan yang dibawa dari syurga. Juga membawa wangian dari syurga. Malaikat datang sambil duduk sejauh mata memandang. Kemudian datanglah malaikat Maut dengan duduk di sisi kepalanya. Malaikat itu mengatakan:

"Hai nafas yang baik (tenang), keluarlah anda sekarang dengan mendapatkan ampunan dari Allah dan kerelaanNya." Kemudian keluarlah roh itu seperti mengalirnya sebuah titisan yang berasal dari satu minuman, kemudian malaikat itu mengambil roh itu.

"Dan sesungguhnya jika orang yang akan dicabut itu roh orang yang kafir, (dalam riwayat yang lain: orang yang "fajir" ertinya penjahat, penzina atan pendusta) maka ketika orang itu di dunia lalu dia didatangi malaikat yang turun dari langit (yang keadaannya kejam dan kasar) dengan rupanya yang hitam. Dengan membawa pakaian berbulu, lalu mereka duduk daripadanya sejauh mata memandang. Lalu Malaikat Maut (Izrail) datang dan duduk di sisi kepalanya, sambil mengatakan, "Hai roh yang jahat, keluarlah engkau sekarang menuju kemurkaan Allah dan kemarahanNya ." Lalu dipisahkan roh itu dari tubuhnya, yang terpisahnya itu laksana dicabutnya bulu basah oleh besi panas (yang kemudian diikuti dengan putusnya keringatnya dan urat sarafnya)." (Lihat Hadith riwayat Hakim, Abu Daud, Ahmad dan lainnya).

Semasa hal itu berlaku, mereka yang hidup berada di sampingnya tidak tahu apa-apa, tidak melihat sesuatu. Perhatikan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkongan, padahal kamu ketika itu melihat. Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu. Tetapi kamu tidak melihat."
(Al- Waqiah: 83-85)

Nabi SAW telah mengungkapkan tentang adanya malaikat maut yang akan memberikan berita gembira kepada mereka yang akan mati sebagai seseorang mukmin dengan janji ampunan Allah serta kecintaanNya. Namun bagi mereka yang kafir atau orang yang jahat (berdosa), bagi mereka dijanjikan pula adanya kemurkaan dan kemarahan Allah kepadanya.

Berkaitan janji syurga kepada orang Mukmin yang akan mati telah diterangkan Allah dalam AI-Quran yang ertinya:

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: Tuhan kami ialah Allah kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun pada mereka dengan mengatakan:

Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan bergembiralah kamu dengan beroleh syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu. Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia mahupun akhirat, yang di dalamnya kamu akan beroleh apa yang kamu inginkan, dan akan memperoleh pula di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan bagimu dari Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Penyayang."
(FusshiIat: 30-32)

Firman di atas menurut para ahli tafsir turun berkenaan dengan orang yang akan mati dalam keadaan serba takut dan susah, menghadapi masa akan datangnya kematian. Bahkan takutnya orang-orang yang akan mati kemudian. Dengan ayat ini maka jelaslah bahawa malaikat akan turun padanya nanti pada saat-saat kematiannya dengan berita yang membawa ketenteraman, yang seolah-olah malaikat itu akan mengatakan:

"Janganlah anda susah dalam menghadapi masa akan datang, baik ketika di alam barzakh mahupun di akhirat nanti. Juga anda tidak perlu susah tentang keluarga anda, anak-anak anda, mahupun hutang-hutang anda." Bahkan diberinya berita dengan janji akan dimasukkan syurga sebagai berita gembira.

Sebaliknya, bagi orang yang kafir maka malaikat berjanji kepada mereka untuk menempatkan mereka di neraka jahannam.

Sepertimana Allah SWT firmankan dalam Al-Quran tentang malaikat yang akan mematikan mereka yang kafir dalam peperangan Badar, seperti dalam ayat yang menyebutkan:

"Kalau kamu melihat ketika para malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka dan berkata: Rasakanlah olehmu seksa neraka yang membakar. Demikian itu disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri. Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya hambaNya."
(AL-Anfal: 50-51)

Dari firman Ilahi di atas menunjukkan pada kita bagaimana para malaikat mencabut roh orang yang kafir, maka merupakan suatu cara yang mengerikan; para malaikat itu memukul wajah dan belakang mereka dan malaikat mengatakan; "Rasakanlah engkau sekarang dengan seksaan yang pedih."

Kisah itu berlaka dalam peperangan Badar, namun hal itu boleh terjadi bila-bila masa saja berkaitan masalah yang menyangkut kekafiran; tidak hanya khusus bagi orang-orang kafir dalam perang Badar. Boleh berlaku pada hari ini untuk orang yang kafir.Sang Panglipularahttp://www.blogger.com/profile/04616573928428108724noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7387167282663676812.post-65030709657886605602009-12-11T20:10:00.001-08:002009-12-11T20:10:36.334-08:00Izrail Masukkan Roh Ke badan Adam ASDijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya. Tujuh buah letaknya di kepala: Dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung, dan sebuah liang mulut. Yang dua macam di bawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan.
2. Hidung alat penciuman.
3. Telinga alat pendengaran.
4. Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa, halus, kasar, dan sebagainya.

Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. KemudianAllah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "Sifat”. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan di dalam "Alam Malakat."

Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "Tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Bahrul-Uluhiyah." Kemudian tubuh itu dibenamkan dengan air "Kudral- 'lzzah-Nya," iaitu sifat "Jalan dan Jammal", lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

Cuba perhatikan fiman Allah dalam surah Ad-Dahr, ayat satu sebagaimana yang berbunyi sebagai berikut: "Apakah tidak datang kepada manusia khabar berita suatu zaman yang tidak dapat disebut-sebutkan menurut perhitungan manusia?"
Yang maksudnya Allah ciptakan alam semesta dan temasuk Adam dalam waktu yang sangat lama, yang tidak dapat ditaksir dan dikira-kira menurut perhitungan manusia zaman sekarang.

Menurut keterangan ulama, ketika tubuh Adam diselubunginya dalam waktu 120 tahun, 40 tahun di tanah yang kering, 40 tahun di tanah yang basah, dan 40 tahun yang hitam dan berbau. Kemudian Allah rubah tubuh Adam dengan rupa kemuliaan. Maka tertutuplah pemandangan mata malaikat daripada melihat hakikat yang sebenamya. Mereka memandang rendah akan bakal kejadian Adam lantaran menurut penglihatan yang nyata asal kejadian Adam. Tiada lain sebabnya dari kurang makrifat mereka. Memang para malaikat telah mengetahui bahawa Adam ini akan menjadi khalifah Tuhan di dunia. Sudah tentu mereka merasa hairan, mengapa orang yang akan menjadi khalifah Tuhan demikian asal kejadiannya. Sedangkan bangsa malaikat asal kejadian mereka dari cahaya.

Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam, ia pun merasa enggan. Segan dan malas untuk masuk ke tubuh Adam yang masih merupakan patung yang kini sudah mengeras seperti batu. Roh itu bukan masuk, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar di situ dikelilingi malaikat yang menyaksikan seperti Jibril, Mikail, Israfil, Izra'il dan lain-lain malaikat lagi.
Kemudian Allah menyuruh malaikat Izra'il untuk memaksa roh itu masuk ke dalam tubuh Adam. Akhirnya mahu tidak mahu roh itu menyerah kepada Izra' il.

Ia dimasukkan ke dalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa selama 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan kepada Izra'il untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Dahulu Izra'il ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah ia meresap ke kepala Adam, maka teijadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana sebahagian daripada badannya masib merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu telinga Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucap tasbih memuji kebesaran Allah, dengan bemacam-macam ucapan kalimat tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itu Allah ajarkan mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kali ke hadrat Allah. Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallaah" yang ertinya: "Semoga engkau diberi rahmat Allah."

Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap: "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucap: Yarkhamukallaah."

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian badannya ke bawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana fiman Allah SWT maksudnya: "Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa."

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki, lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di Syurga sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana setelah Adam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanya pada kuku manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tapi warna kuku adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Suatu keterangan bahawa Nabi Adam as dikenali dengan gelaran Abul-Basyar: (Bapa segala Manusia) dan Nabi Muhammad SAW pula dengan gelaran "Abul Ruh" atan "Abul Arwah" (Bapa segala roh).

Setelah kejadian Adam sempurna sebagal manusia, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Mereka sama sekali tidak menyangka bahawa makhluk yang asalnya dari tanah kini kelihatan indah dan menawan.

Kemudian Adam dipakaikan dengan pakaian kebesaran dari syurga dengan mahkota yang ditatah intan berlian yang menambahkan lagi keagungannya sebagal seorang raja atau khalifah. Setelah itu Adam duduk di atas kerusi keemasan yang bertatah pemata sambil dikelilingi oleh para malaikat. Kemudian setelah Adam duduk di atas kerusi itu, lalu dia di usung oleh empat orang malaikat serta diiringi oleh ribuan malaikat untuk diperkenalkan kepada penghuni di langit yang pertama sehingga ke langit yang ke tujuh sampailah ke syurga.

Menurut riwayat mengatakan Adam diarak oleh malaikat selama lebih kurang 100 tahun. Setelah itu barulah Adam dibawa ke syurga iaitu tempat Adam mula-mula dijadikan.

Kemudian datanglah Jibril membawa seekor kuda dari syurga yang berwarna hijau muda serta bersayap. Baunya sangat harum serta dapat berkata-kata seperti manusia. Di belakang kuda itu terdapat tempat duduk yang selesa. Jibril memegang tali pemacu, Mikail duduk di sebelah kanan Adam manakala Israfil pula duduk di sebelah kiri beliau.

Diceritakan di mana saja Adam pergi dia selalu mengucapkan "Assalamualaikum" yang mana ia dijawab oleh setiap para malaikat dengan "Waa'alaikum salam."Sang Panglipularahttp://www.blogger.com/profile/04616573928428108724noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7387167282663676812.post-24197701301858229062009-12-11T20:08:00.000-08:002009-12-11T20:09:45.525-08:00Jibril Mengajar Nabi Nuh membuat KapalDi saat kaum Nuh melakukan tipu daya untuk membinasakan Nabi Nuh as maka Allah membinasakan mereka semua iaitu dengan mengeluarkan daripada bumi air yang sangat panas dan mencurahkan dari langit air yang sangat sejuk dan mendatangkan angin taufan yang sangat dahsyat di keliling mereka, saat itu binasalah musuh-musuh Nabi Nuh dan selamatlah Nabi Nuh berserta pengikut-pengikutnya yang beriman.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Maka Kami selamatkan Nuh dan orang-orang yang bersertanya di dalam kapal yang penuh muatan.”
(Asy-Syu’ara’: 119)

Kaum Nuh ingin mengeluarkan Nabi Nuh as. daripada tengah-tengah mereka. Kemudian Allah SWT melakukan tipu daya terhadap mereka. Dan Allah mengeluarkan daripada langit air yang sangat sejuk dan memancarkan air daripada bumi dengan air yang sangat panas.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan menurunkan air yang mencurah-curah. Dan Kami jadikan bumi memancar mata air-mata air maka bertemulah air-air itu satu urusan yang sungguh telah ditetapkan.”
(Al-Qamar: 11-12)

Ketika masa azab yang telah ditentukan oleh Allah SWT itu hampir tiba, Allah mengutus Malaikat Jibril as untuk menemui Nabi Nuh as mengajarkan kepada beliau cara-cara menukang kayu, dan Jibril mengatakan bahawa Allah menyuruh Nabi Nuh membuat sebuah kapal.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami.”
(Hud: 37)

Kemudian Nabi Nuh berkata: “Bagaimana cara membuat kapal tersebut? Jibril menjawab: “Potonglah 124000 keping papan, dan pada tiap-tiap keping papan itu tertulis nama Nabi.” Nabi Nuh menjawab: “Sesungguhnya saya tidak mengetahui seluruh nama-nama Nabi tersebut? Allah berfirman: “Wahai Nuh, tugas memotong papan itu adalah tugasmu, sedangkan menyatakan nama-nama nabi itu, Akulah yang akan melakukannya.”

Kemudian Nabi Nuh pun memotong kepingan papan yang pertama, maka kelihatan nama Nabi Adam as. Pada kepingan yang kedua nampak nama Syaits as. Pada kepingan papan yang ketiga nampak nama Idris as. Pada kepingan papan yang keempat nama Nuh as. Demikianlah seterusnya, setiap kali Nabi Nuh selesai memotong papan tersebut maka nampaklah nama seorang Nabi pada papan itu. Yang paling akhirnya adalah Nabi Muhammad SAW, sebagai penutup nabi-nabi, penghias orang orang suci dan penyuluh para wali.

Setelah itu Allah memerintahkan Nabi Nuh as untuk menyiapkan paku-pakunya. Pada setiap paku tercantum nama salah seorang Nabi. Setelah Nabi Nuh as menyiapkan paku, lalu beliau menyatukan kepingan-kepingan papan tersebut dan memakunya. Orang-orang kafir yang melihat pekerjaan Nabi Nuh itu mengejek dan menghinanya. Hal ini dinyatakan Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud:

“Dan mulailah Nuh membuat bahtera. Dan setiap kali pemimpin kaumnya berjalan melewati Nuh, mereka mengejeknya. Berkatlah Nuh: “Jika engkau mengejek kami, maka sesungguhnya kami pun mengejekmu sebagaimana kamu sekalina mengejek (kami).”
(Hud: 38)

Itulah sebagai peringatan yang diberikan oleh Allah, kerana ketika Allah nampakkan nama-nama kekasih-Nya pada kepingan papan itu, maka Allah selamatkan papan itu dan penumpangnya daripada badai dan taufan. Dan ketika Allah menampakkan pada hati orang-orang beriman kecintaan kepada Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya, maka Allah selamatkan pula mereka daripada seksaan api Neraka.

Dalam sebuah kisah diceritakan, bahawa ada yang bertanya kepada Abdullah bin Abbas ra. “Ajarilah kami ilmu yang dapat menyelamatkan kami daripada api neraka dan dapat memasukkan kami ke dalam Syurga?”

Ibnu Abbas menjawab: “Hendaklah kamu semua melakukan lima belas perkara. laitu lima dengan lisan, lima dengan anggota badan dan lima dengan hatimu.

Lima dengan lisan itu adalah mengucap kalimah:

Subhanallah

Alhamdulillah

La ilahaillallah

Allahuakhbar

Lahaulawala quwata illa billahil ‘aliil adzhim

Lima dengan anggota badan iaitu solat lima waktu:

Isyak.

Subuh.

Zohor.

Asar.

Maghrib.

Lima dengan hati iaitu mencintai lima orang yang dicintai Allah SWT Rasulullah dan sahabat yang empat.

Nabi Muhammad SAW

Abu Bakar Siddiq.

Umar bin Khattab.

Usman bin Affan.

Ali bin Abi Thalib.Sang Panglipularahttp://www.blogger.com/profile/04616573928428108724noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7387167282663676812.post-60300656393964003842009-12-11T20:06:00.000-08:002009-12-11T20:07:02.566-08:00Jibril Memberitahu Yusuf as Tentang Kedatangan SaudaranyaSaudara-saudara Yusuf menemui Nabi Yusuf as pada hari Khamis.
Firman Allah SWT:

“Dan saudara-saudara Yusuf datang (ke Mesir) kemudian mereka masuk ke tempatnya. Maka Yusuf mengenal mereka, sedang mereka tidak kenal lagi kepadanya.”
(Yusuf: 58)

Ketika saudara-saudara Yusuf hampir sampai di Kota Mesir, maka turunlah Jibril menemui Nabi Yusuf as dan ia berkata:

“Saudara-saudaramu datang menemuimu, bagaimana sikapmu terhadap mereka. Nabi Yusuf menjawab: Wahai Jibril, mereka telah banyak menyakiti hatiku, bahkan mereka telah beniat untuk membunuhku, ketika ini mereka datang memerlukan bantuan denganku. Tiada lain yang harusku lakukan selain memaafkan mereka.”

Sebahagian ulama mengatakan bahawasanya saudara-saudara Yusuf as datang menemuinya sebanyak tiga kali. Untuk kali pertama, mereka datang sebagai orang-orang yang memerlukan bantuan. Kemudian Yusuf as memuliakan mereka.

Firman Allah SWT bermaksud:

“Yusuf berkata kepada bujang-bujangnya, “ Masukkanlah barang-barang (penukar milik mereka) ke dalam karung-karung mereka, supaya mereka mengetahuinya apabila mereka telah kembali kepada keluarganya mudah-mudahan mereka kembali lagi.”
(Yusuf. 62)

Kali kedua, mereka datang dengan kesombongan maka mereka pulang dengan rasa dukacita, ketika saudara mereka mengatakan kepada mereka: “Kembalilah kepada ayahmu dan katakanlah: “Wahai ayah kami, sesungguhnya anakmu telah mencuri.”
(Yusuf. 81)

Kali ketiga mereka datang dengan merendahkan diri, oleh sebab itu mereka pulang dengan hati yang senang dan gembira. Kerana Yusuf mempunyai sifat penyayang dan orang yang penyayang itu suka kepada orang yang merendah diri.

Ketika mereka memasuki Kota Mesir, Yusuf as memerintahkan agar istana-istana dan rumah-rumah dihias. Kemudian beliau mengeluarkan pakaian yang indah untuk dipakaikan kepada sahaya dan perajuritnya. Beli memasang permaidani-permaidani yang indah, serta menyusun singgahsana untuk menyambut saudara-saudaranya.

Nabi Yusuf as duduk di atas singgahsana, lalu beliau memerintahkan agar saudara-saudaranya masuk. Ketika itu mereka tidak lagi mengenali Yusuf as tetapi Nabi Yusuf masih mengenali mereka.Sang Panglipularahttp://www.blogger.com/profile/04616573928428108724noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7387167282663676812.post-36461968184665747712009-12-11T20:04:00.002-08:002009-12-11T20:06:04.099-08:00Jibril Memberi Peringatan kepada Nabi Yusuf asFIRMAN Allah SWT:
“Dan bersama dengan Yusuf masuk pula ke dalam penjara dua orang pemuda.”
(Yusuf: 36)

Dua orang yang masuk ke dalam penjara tersebut, adalah tukang beri minum raja dan tukang masak raja. Sedangkan ketika itu yang menjadi raja iaitu “Royyaan.”

Sebab dimasukkan kedua orang pemuda ke dalam penjara adalah kerana kedua pemuda tersebut telah menerima rasuah daripada raja Rom dengan tugas memberi racun dalam makanan dan minuman raja Royyaan.

Tukang masak menerima rasuah tersebut. Sementara itu tukang memberi air raja menolak tawaran raja Rom, dan melaporkan kepada raja tentang pengkhianatan yang dilakukan oleh tukang masak. Namun tukang memberi air juga dimasukkan ke dalam penjara bersama dengan tukang masak tadi.

Mereka berada di penjara lebih kurang selama tiga hari. Di dalam penjara, mereka berdua melihat Nabi Yusuf as suka membuat penilaian tentang mimpi. Untuk mencuba kebenaran tafsiran atau penilaian Yusuf as mereka mengatakan seakan akan mereka bermimpi, padahal sesungguhnya mereka hanya berbohong.

Sebahagian ulamak mengatakan bahawa tukang memberi minum raja memang betul-betul bermimpi sedangkan tukang masak tidak bermimpi sama sekali. Tukang memberi minum raja berkata: “Aku bermimpi seakan-akan melihat ada tiga buah bekas atau mangkuk dari emas, aku memerah anggur dan memasukkan ke dalam bekas itu. Lalu aku buat khamar dan aku berikan kepada raja Royyaan.

Tukang masak raja berkata pula: “Aku bermimpi seakan akan diriku sedang memikul satu bakul roti di atas kepalaku, dan burung-burung memakan roti tersebut.”

Kemudian Nabi Yusuf as meramal mimpi keduanya. Beliau berkata: “Wahai kedua temanku, adapun salah seorang di antara kamu akan memberikan minuman untuk tuannya dengan khamar, adapun yang seorang lagi ia akan di salib.”

Setelah Nabi Yusuf as selesai meramalkan mimpi mereka, berkata salah seorang di antara mereka: “Sesungguhnya saya tidak bermimpi.’ Maka Nabi Yusuf menjawab: “Telahku ramal mimpimu dan bahkan telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya:
“Telah diputuskan perkara yang kamu berdua menanyakannya kepadaku.”
(Yusuf: 41)

Tidak beberapa lama setelah itu, maka pegawai-pegawai raja membawa tukang masak tersebut, kemudian mereka salib. Setelah tukang masak tersebut disalib, maka tinggallah tukang memberi minum raja di penjara selama tiga hari. Kemudian datang utusan raja membawanya keluar dari dalam penjara, dia diberi pakaian indah, lalu dibawa kepada raja dengan segala kehormatan.

Ketika tukang memberi minum raja tersebut keluar, Nabi Yusuf sempat berkata: “Jelaskanlah keadaanku ini kepada tuanmu.” KetikaYusuf berkata demikian, maka gunung-ganang pun bergoncang dan turunlah Jibril as serta berkata:

“Wahai Yusuf sesungguhnya Allah SWT bertanya kepadamu: Siapakah yang menjadikan rasa cinta di dalam hati Ya’kub terhadapmu? Yusuf menjawab; “Tuhanku”. Jibril bertanya: Siapakah yang menyelamatkan dirimu dari tipu daya saudara-saudaramu? Yusuf menjawab; Tuhanku. Siapakah yang telah memeliharamu di dalam perigi? Yusuf menjawab; Tuhanku. Siapakah yang menjadikan rasa suka Zulaikha terhadapmu? Yusuf menjawab; Tuhanku. Kemudian Jibril bertanya: Siapa pula yang telah menyelamatkan dirimu dari tipu daya Zulaikha? Yusuf menjawab; Tuhanku.”

Selanjutnya Jibril berkata: “Wahai Yusuf, sesungguhnya Allah SWT telah membuat kebaikan ini untukmu. Maka di manakah engkau melihat tidak mempunyai Allah, sehingga engkau meminta pertolongan kepada yang lain? Wahai Yusuf, dulu datukmu Ibrahim as tidak mahu meminta tolong kepada Jibril ketika ia akan dilemparkan ke dalam api oleh Namruz. Ketika itu aku berkata kepadanya: “Apakah engkau memerlukan pertolongan wahai Ibrahim? Kemudian Ibrahim menjawab: Kepadamu, aku tidak meminta pertolongan.”

Begitu pula datukmu Ismail, ia tidak meminta pertolongan apa pun kepada ayahnya Ibrahim, ketika ia akan dikorbankan. Namun ia hanya berkata: “Insya Allah engkau akan memperolehi aku termasuk golongan orang-orang yang sabar.”

“Tetapi engkau wahai Yusuf baru sahaja tiga hari berada di dalam penjara, sudah tidak sabar, sehingga engkau minta pertolongan kepada raja.”

Maka bersujudlah Nabi Yusuf as. kepada Allah SWT, dan menangis selama empat puluh hari. “YaAllah, demi kehormatan datukku Ibrahim as dan Ismail as dan Ishak as serta demi ayahku Ya’kub as kasihanilah aku dan ampunkanlah kesalahanku.”

Maka turunlah Jibrail as menemui Nabi Yusuf as dan berkata:

“Sesungguhnya Allah SWT berfirman: “Aku telah memaafkanmu, akan tetapi Allah beri engkau hukuman dengan tinggal di dalam penjara selama tujuh tahun lagi.”Sang Panglipularahttp://www.blogger.com/profile/04616573928428108724noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7387167282663676812.post-53424974082636693802009-12-11T20:04:00.001-08:002009-12-11T20:04:47.560-08:00Jibril a.s menggoncang tugu kaum nabi SalehBagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-R'ad 13:11)

Kaum Saleh telah dibinasakan Allah dengan suara jeritan Jibril as. Peristiwa ini terjadi pada hari Rabu. Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya kami menimpakan atas mereka suatu suara yang keras mengguntut; maka jadilah mereka seperti rumput-rumput kering (yang dikumpulkan oleh) yang mempunyai kandang binatang." (Al- Qomar: 31)

Dikisahkan bahawa pada suatu hari Nabi Saleh menyampaikan berita bahawa pada masa itu akan lahir di tengah-tengah mereka seseorang yang menjadi penyebab kehancuran kaum itu.

Maka para pemuka kaum itu mengadakan mesyuarat untuk membahas masalah tersebut. Akhirnya mereka memutuskan, harus memisahkan diri daripada isteri masing-masing, jika ada yang hamil dan melahirkan anak lelaki maka harus dibunuh. Keputusan mereka itu dijalankan.

Salah seorang dari kaum mereka melahirkan seorang anak lelaki, namun mereka tidak sampai hati untuk membunuhnya. Disebabkan keluarga tersebut belum pernah mempunyai anak, anak itu bemarna Qodaron.

Sebanyak sembilan kaum telah membunuh anak lelaki mereka yang lahir. Namun ketika mereka melihat Qodaron telah menjadi seorang pemuda, mereka merasa menyesal kerana telah membunuh anak-anak mereka dahulunya. Kemudian mereka berunding untuk membunuh Nabi Saleh as.

Mereka berkata: "Sebaiknya kita pergi keluar kota dahulu, kemudian kita pulang dengan secara sembunyi, pada saat itu Nabi Saleh kita bunuh. Lalu kita bersumpah dengan nama Allah dengan kerabatnya bahawa kita tidak membunuhnya dan kita tidak tahu sama sekali tentang pembunuhan itu."

Ketika itu umur Qodaron lima belas tahun. Di saat mereka sedang minum arak, mereka juga memerlukan air, sedangkan pada hari itu merupakan giliran unta untuk mendapatkan air, mereka sudah puas mencari air di tempat yang lain, namun tidak mereka temui. Kemudian Qodaron berkata: "Menurut pendapatku, lebih baik kita bunuh sahaja unta Saleh, sebab kita dalam kesukaran air."

Kemudian mereka pun keluar dengan membawa sebilah pedang, mereka bersembunyi di rumput-rumput di bawah kaki gunung. Pada saat giliran unta Saleh ingin minum air, maka dengan segera Qodaron membunuh unta tersebut. Kemudian mereka juga berusaha membunuh anak unta Nabi Saleh, maka anak unta itu pun berlari ke arah gunung, maka dengan kuasa Allah gunung itu terbelah, dan masuklah anak unta itu ke dalamnya.

Ketika Nabi Saleh as mengetahui peristiwa pembunuhan terhadap unta mukjizatnya itu, maka ia berkata kepada kaumnya: "Anda semua boleh duduk di rumah selama tiga hari, setelah itu akan datang seksaan kepada anda. Tandatandanya adalah, pada hari pertama muka-muka kamu semua menjadi merah, pada hari kedua menjadi kuning, pada hari ketiga menjadi hitam legam."

Di saat mereka melihat tanda-tanda seperti yang diucapkan oleh Nabi Saleh itu betul, mereka pun berkata: "Mari kita bunuh Nabi Saleh seperti kita membunuh untanya." Mereka kemudiannya menuju ke tempat tinggal Nabi Saleh. Peristiwa itu terjadi pada hari Rabu. Kemudian Jibril as datang sambil memegang tugu-tugu kota itu lalu digoncangnya dengan sekeras-kerasnya. Akhirnya dia menjerit dengan sekuat-kuatnya sehingga mereka semua mati pada saat itu juga.

Begitu gambaran betapa bahayanya minuman keras yang memabukkan ini. Kerana sebab terbunuhnya unta mukjizat Nabi Saleh disebabkan minuman keras. Fitnah Harut dan Maarut juga kerana minuman keras. Sebab terbunuhnya Nabi Yahya kerana minuman keras. Kaum Nabi Nuh mengganggu Nabi Nuh kerana minuman keras. Pembunuhan terhadap Usman ra juga disebabkan minuman keras. Pembunuhan terhadap Sayyidina Husin juga kerana minuman keras."Sang Panglipularahttp://www.blogger.com/profile/04616573928428108724noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7387167282663676812.post-34574813418840579152009-12-11T19:53:00.000-08:002009-12-11T20:02:43.676-08:00Jibril & 12,000 Malaikat menemui Rasulullah di Bukit QubaisBagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-R'ad 13:11)

Pada zaman jahiliah di antara beberapa orang raja ada seorang raja yang bernama raja Habib lbnu Malik di kota Syam. Orang-orang arab menggelarnya “Raihanah Quraisyin.”

Ketika Raja Habib bersama angkatan tenteranya seramai 12,000 orang singgah di Abthah, iaitu suatu tempat dekat kota Makkah maka datanglah Abu Jahal beserta pengikut pengikutnya memberikan berbagai-bagai hadiah kepada raja Habib.

Setelah itu Abu Jahal dipersilakan duduk di sebelah kanan raja Habib. Berkata raja Habib: “Wahai Abu Jahal katakan kepadaku tentang Muhammad.”

Berkata Abu Jahal: “Tuan, silalah tuan tanya tentang Muhammad itu dari Bani Hasyim.”

Raja Habib pun bertanya kepada Bani Hasyim: “Wahai Bani Hasyim, katakan pada beta tentang Muhammad itu.”

Berkata Bani Hasyim: “Sebenarnya kami telah mengenal Muhammad itu sejak dia kecil lagi, orangnya sungguh amanah dan setiap katanya benar; dia tidak akan berkata selain dari yang benar. Apabila umur Muhammad meningkat pada 40 tahun dia telah mula mencela Tuhan kita dan dia membawa agama baru yang bukan datangnya dari nenek moyang kita.”

Sebaik sahaja raja Habib mendengar penjelasan dan Bani Hasyim maka dia pun berkata: “Bawa Muhammad mengadap dengan cara baik, kalau Muhammad degil maka gunakan kekerasan.

Setelah itu mereka pun mengutus salah seorang untuk menjemput Muhammad SAW. Setelah Rasulullah SAW menerima pesanan raja, baginda pun bersiap-siap untuk pergi, sementara itu Abu Bakar ra dan Siti Khadijah menangis kerana takut baginda dizalimi oleh raja tersebut.

Rasulullah SAW berkata: “Janganlah kamu berdua menangis, serahkanlah urusanku ini kepada Allah SWT.”

Kemudian Ahu Bakar ra pun mengaturkan pakaian untuk RasuIulIah SAW yang terdiri dari baju berwarna merah dan serban berwarna hitam.

Setelah Rasulullah SAW mengenakan pakaian tersebut maka baginda bersama Abu Bakar ra dan Khadijah ra pun pergi menghadap raja Habib. Setelah sampai di hadapan raja, Abu Bakar ra berdiri di sebelah kanan Rasulullah SAW sementara Siti Khadijah berdiri di belakang Rasulullah SAW.

Apabila raja Habib melihat baginda Rasulullah SAW berdiri dihadapannya maka raja Habib pun bangun memberi hormat mempersilakan Rasulullah SAW duduk di sebuah kerusi yang diperbuat dari emas. Sementara itu Siti Khadijah yang merasa cemas berdoa kepada Allah SWT: “Ya Allah, tolonglah Muhammad dan mudahkanlah dia menjawab sebarang pertanyaan.”

Sewaktu baginda duduk di hadapan raja Habib maka keluarlah cahaya memancar dari wajah baginda dan baginda duduk dengan tenang tanpa rasa takut.

Raja Habib memulakan pertanyaan: ‘Wahai Muhammad, kamu pun tahu bahawa setiap Nabi itu ada mukjizatnya, jadi apakah mukjizat kamu itu?”

Bersabda Rasulullah SAW: “Katakan apakah yang kamu kehendaki?”

Berkata raja Habib: Aku mahu matahari itu terbenam dan bulan pula hendaklah turun ke bumi dan kemudiannya bulan hendaklah terbelah menjadi dua, kemudian masuk di bawah baju kamu dan separuh keluar melalui lengan baju kamu yang kanan dan sebelah lagi hendaklah keluar melalui lengan baju kamu yang kiri. Setelah itu bulan itu hendaklah berkumpul menjadi satu di atas kepala kamu dan bersaksi atasmu, kemudian bulan itu hendaklah kembali ke langit dan mengeluarkan cahaya yang hersinar dan hendaklah bulan itu tenggelam. Sesudah itu hendaklah matahari yang tenggelam muncul semula dan berjalan ke tempatnya seperti mulanya.”

Setelah mendengar begitu banyak yang raja Habib kehendaki, maka baginda Rasulullah SAW pun bersabda:

Apakah kamu akan beriman kepadaku setelah aku melakukan segala apa yang kamu kehendaki?”

Berkata raja Habib: “Ya, aku akan beriman kepadamu setelah kamu dapat menyatakan segala isi hatiku.”

Abu Jahal yang sedang menyaksikan percakapan itu segera melompat ke hadapan sambil berkata: “Wahai tuanku, tuanku telah mengatakan yang cukup baik dan tepat.”

Rasulullah SAW pun keluar lalu pergi mendaki gunung Abi Qubais, kemudian baginda mengerjakan solat dua rakaat lalu berdoa kepada Allah SWT. Setelah berdoa maka turunlah malaikat Jibril as bersama dengan 12,000 malaikat dengan memegang panah di tangan mereka.

Malaikat Jibril as berkata: “Assalamu alaika yaa Rasulullah, sesungguhnya Allah telah bersalam kepadamu dan berfirman:

“Wahai kekasihku, janganlah kamu takut dan bersusah hati. Aku akan sentiasa bersamamu di mana sahaja engkau berada dan telah tetap dalam pengetahuanKu dan berjalan di dalam qada kepastianKu di zaman azali apa-apa yang diminta oleh raja Habib bin Malik pada hari ini; pergilah kamu kepada mereka dan berikan hujjahmu dengan tepat dan jelaskan keadaanmu dan keutusanmu. Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT telah menundukkan matahari, bulan, malam dan siang. Sesungguhnya raja Habib itu mempunyai seorang puteri yang tidak mempunyai kedua tangan, kedua kaki dan tidak mempunyai kedua mata. Dan katakan kepadanya bahawa Allah SWT telah mengembalikan kedua tangannya, kedua kakinya dan kedua matanya.”

Setelah itu Rasulullah SAW pun turun dari gunung Abi Qubais dengan rasa tenang dan rasa gembira. Malaikat Jibril as di angkasa dan para malaikat berbaris lurus dan Rasulullah SAW berdiri di maqam Ibrahim. Dan adalah saat itu matahari terbenam.

Matahari mulai seakan-akan berlari cepat, ertinya matahari cepat-cepat terbenam dan menjadi gelap gelita. Kemudian bulan terbit dengan terangnya, setelah bulan naik meninggi baginda Rasulullah SAW memberikan isyarat dengan dua jari-jarinya kepada bulan itu, dan bulan seakan-akan berlari turun ke bumi dan berdiri di hadapan baginda Rasulullah SAW. Kemudian bulan itu bergerak-gerak seperti awan lalu bulan itu terbelah menjadi 2 dan bulan itu masuk di bawah baju Rasulullah SAW separuhnya keluar melalui lengan sebelah kanan baju baginda sementara yang sebelah lagi keluar melalui lengan sebelah kiri baju baginda. Kemudian bulan kembali bercantum mengeluarkan cahaya dengan terang lalu berdiri di atas kepala Rasulullah SAW dengan berkata: “Saya bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan saya bersaksi bahawa Muhammad itu hamba Allah dan RasulNya sesungguhnya berbahagialah orang-orang yang membenarkan engkau Muhammad dan rugilah orang-orang yang menyalahi engkau.”

Setelah bulan berkata demikian maka bulan pun kembali ke langit menjadi terang dan menghilangkan dirinya. Sebaik sahaja bulan menghilangkan dirinya maka matahari pun timbul kembali. Oleh kerana raja Habib telah mengatakan bahawa Rasulullah SAW mesti memberitahu rasa hatinya maka diapun berkata: ‘Wahai Muhammad, kamu masih ada satu syarat lagi.”

Belum sempat Habib hendak berkata maka baginda Rasululah SAW bersabda: “Sesungguhnya kamu mempunyai seorang puteri yang tidak mempunyai dua tangan, tidak mempunyai dua kaki dan dia juga tidak mempunyai dua mata dan sesungguhnya ketahuilah olehmu Allah SWT telah mengembalikan kedua tangan, kedua kaki dan kedua matanya.”

Sebaik sahaja raja Habib mendengar dan meihat segala galanya maka dia pun berkata: “Wahai ahli Makkah, tidak ada kufur sesudah iman dan tidak ada keraguan sesudah yakin, oleh itu ketahuilah oleh kamu sekelian bahawa sesungguhnya aku bersaksi, Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang satu dan tidak ada sekutu bagiNya, dan saya bersaksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu hambaNya dan utusan-Nya.”

Raja Habib dan semua bala tenteranya masuk Islam. Kemarahan Abu Jahal meluap-luap dan dia berkata: “Wahai tuan raja, apakah tuan percaya kepada ahli syihir ini sehingga syihir itu telah mempersonakan tuan.”

Raja Habib tidak menghiraukan kata-kata Abu Jahal, sebaliknya raja Habib kembali ke negerinya Syam. Apabila raja Habib masuk ke dalam istananya dia disambut oleh anak perempuanya dengan mengucap: “Asyhadu alla ilaaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa Rasuuluhu” (Saya bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan AlIah dan saya bersaksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruhNya dan utusanNya).

Raja Habib tercengang dengan kalimah yang diucapkan oleh anaknya maka dia pun berkata: “Wahai anakku, siapakah yang mengajarkan kepada kamu kalimah ini?”

Berkata anak raja Habib: “Sebenarnya sewaktu saya tidur, telah datang seorang lelaki lalu berkata kepada saya: “Sesunguhnya ayah kamu telah masuk Islam, kalau kamu mahu masuk Islam maka aku kembalikan segala anggota kamu dengan baik.” Setelah itu saya pun tidur dan pagi ini diri saya tidak ada yang

kurang seperti yang ayah lihat sekarang”

Kemudian raja Habib bersyukur sujud kepada Allah SWT agar nikmat iman dan bertambahlah keyakinan. Setelah itu raja Habib mengumpulkan emas, perak dan kain lalu dinaikkan atas lima ekor unta berserta dengan beberapa orang hamba

dikirimkan kepada Rasulullah SAW.

Ketika rombongan yang membawa segala hadiah dari raja Habib itu sampai dekat kota Makkah, tiba-tiba muncul Abu Jahal bersama kuncu-kuncunya lalu berkata: “Kamu semua milik siapa?”

Berkata rombongan itu: “Kami semua ini milik raja Habib bin Ibnu Malik dan kami hendak pergi pada Rasullulah SAW.”

Sebaik sahaja Abu Jahal mendengar jawapan dari rombongan itu maka dia cuba merampas semua barang-barang yang bawa oleh rombongan itu, oleh kerana rombongan itu enggan menyerahkan barang-barang tersebut maka berlakulah pergaduhan antara kedua belah pihak. Apabila berlaku peperangan diantara kedua belah pihak maka berkumpullah penduduk kota Makkah dan datang bersama mereka Rasulullah SAW.

Melihat akan kedatangan orang ramai maka berkata rombongan diraja itu: “Kesemua barang yang kami bawa ini adalah milik raja Habib, dan raja Habib berhajat untuk rnenghadiahkan kesemua barang ini kepada Rasulullah SAW.”

Abu Jahal berkata: “Raja Habib menghadiahkan kesemua harang ini kepada saya.”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai penduduk Makkah, adakah kamu semua suka kalau aku mencadangkan sesuatu?”

Berkata penduduk Makkah: “Ya, kami setuju.”

Bersabda Rasulullah SAW: “Kita hendaklah memutuskan percakapan unta ini, untuk siapakah sebenarnya harta ini.

Berkata Abu Jahal: “Kita tentukan perkara ini esok pagi.”

Setelah mendapat persetujuan dari Rasulullah SAW untuk ditunda pada esok hari maka Abu Jahal pun balik dan terus pergi kepada berhala-berhala yang disembahnya, dia pun memberi beberapa korban kepada berhala-berhala mereka dan memohon pertolongan pada berhala mereka sehingga pagi.

Apabila waktu yang dijanji telah tiba maka ramailah penduduk kota Makkah datang untuk melihat keputusan pengadilan. Rasulullah SAW datang bersama bapa saudara baginda danAbu Jahal bersama kuncu-kuncunya. Sebaik sahaja Abu Jahal sampai maka dia pun terus mengelilingi unta itu dengan berkata: “Berkatalah unta-unta semua atas nama Lata, Uzza dan Manata.” Setelah Abu Jahal berkata demikian sekian lama sehingga matahari telah tinggi, namum unta-unta itu tidak berkata apa-apa.

Maka berkata penduduk kota Makkah: ‘Wahai Abu Jahal, cukuplah apa yang kamu buat itu, sekarang giliran Muhamad pula untuk melakukannya.”

Rasulullah SAW pun menghampiri unta-unta tersebut dengan berkata: ‘Wahai unta makhluk Allah, demi ciptaan Allah berkatalah kamu dengan kekuasaan Allah.”

Setelah Rasulullah SAW berkata demikian maka bangunlah salah satu dari lima ekor unta lalu berkata: “Wahai ahli kota Makkah, kami semua ini adalah hadiah raja Habib bin Ibnu Malik untuk dipersembahkan kepada Rasulullah SAW.”

Sebaik sahaja unta itu berkata demikian maka RasulullahSAW pun menarik unta-unta tersebut berserta dengan barang-barang yang dibawanya ke gunung Qubais, kemudian Rasulullah SAW mengeluarkan semua emas dan perak yang

ada di atas unta lalu dikumpulkan sehingga menjadi bukit lalu berkata: “Wahai emas dan perak, hendaklah kamu semua menjadi pasir.”

Kemudian dengan sekejap sahaja kesemua emas dan perak itu menjadi bukit sehingga sekarang.Sang Panglipularahttp://www.blogger.com/profile/04616573928428108724noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-7387167282663676812.post-669097751149935032009-12-11T19:27:00.001-08:002009-12-11T19:27:57.978-08:00AWAN MENGIKUTI ORANGDiriwayatkan bahawa seorang tukang jagal terpesona kepada budak tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan langka dan indah itu. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."
Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, "Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."

Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Is kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."Sang Panglipularahttp://www.blogger.com/profile/04616573928428108724noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7387167282663676812.post-12818014336314148742009-12-11T19:26:00.000-08:002009-12-11T19:27:21.301-08:00MEMBANGKANG PERINTAH AYAHKetika Rasulullah S.A.W memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu tidak terlalu menghairankan. Kaum Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad fisabilillah. Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anak-anak."

"Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini, wahai ayahku."
Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, "Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku."
Saad menjawab, "Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah."

Maka Khaitsamah berkata, "Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada yang berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat."
Saad menjawab, " Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan mendahulukanmu."
Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahawa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar dan mati syahid.

Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah tidak mengizinkannya. Hanya sahaja Rasulullah akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis, " Wahai Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia yang mendapat mati syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana di dalamnya anakku itu berkata kepadaku, "Engkau harus menemani kami di syurga, dan aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku."

Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan berjumpa dengan anaknya di syurga.Sang Panglipularahttp://www.blogger.com/profile/04616573928428108724noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7387167282663676812.post-91162588595812641032009-12-11T19:24:00.000-08:002009-12-11T19:26:41.613-08:00PESANAN KEPADA NABI MUSAAbul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah S.W.T. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab :

· Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahawa aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin.
· Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.
· Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.

· Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.
· Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.

· Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.
· Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.
· Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.

· Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.
· Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."Sang Panglipularahttp://www.blogger.com/profile/04616573928428108724noreply@blogger.com1